Apakah Itu Diabetes - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Diabetes

Diabetes (Diabetes mellitus) merupakan penyakit yang terjadi bilamana glukosa di dalam darah anda, yang juga dikenali dengan gula darah menjadi terlalu tinggi. Glukosa darah merupakan sumber tenaga utama tubuh dan ianya berasal daripada makanan yang dimakan. Insulin - sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas, membantu glukosa dari makanan masuk ke dalam sel untuk ditukarkan sebagai tenaga, permasalahan timbul apabila insulin yang dihasilkan oleh pankreas tidak mencukupi atau tubuh tidak dapat menyerap glukosa dengan baik menyebabkan glukosa yang ada di dalam darah tidak sampai kepada sel.

lama kelamaan, glukosa yang terkumpul di dalam darah menjadi terlalu banyak dan inilah yang akan menyebabkan terjadinya diabetes. Diabetes adalah lebihan glukosa di dalam darah disebabkan oleh kekurangan insulin untuk membawanya kepada sel seperti lemak dan otot disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi.

Jenis diabetes
Terdapat beberapa jenis diabetes yang berbeza, dan yang paling biasa adalah diabetes jenis 1, jenis 2 dan kencing manis kehamilan.

  • Diabetes jenis 1
Sekiranya anda mengidap diabetes jenis 1, badan anda tidak lagi menghasilkan insulin secara semulajadi, apabila ini terjadi, sistem imun tubuh akan menyerang dan merosakkan sel-sel di pankreas anda yang menghasilkan insulin. Diabetes jenis 1 ini biasanya terjadi pada kanak-kanak dan golongan remaja, namun ia tidak mustahil menyerang semua peringkat umur. Mereka yang mengidap diabetes jenis 1 ini perlu mengambil insulin setiap hari sepanjang hidup mereka.

  • Diabetes jenis 2
Pesakit diabetes jenis 2 mempunyai kondisi tubuh dimana tubuh tidak menghasilkan atau tidak menyerap insulin dengan baik. Diabetes jenis 2 ini berpotensi menyerang sesiapa sahaja pada apa jua peringkat umur, walaupun semasa bayi dan ia paling kerap berlaku pada orang pertengahan umur dan orang tua, dianggarkan 7 daripada 10 kes kencing manis merupakan diabetes jenis ini. Pada diabetes jenis 2 ini pankreas bukanlah tidak menghasilkan insulin malah ianya bekerja lebih daripada biasa, terutamanya pada awal penyakit namun pada masa ini tubuh mengalami ketahanan terhadap kesan insulin yang menyebabkan ianya tidak lagi menerima glukosa dengan sempurna. Ketika diabetes jenis 2 ini semakin berkembang, keupayaan pankreas menghasilkan insulin mula menurun.

Obesiti dilihat menjadi punca utama diabetes jenis 2 ini, 80 hingga 90% orang dengan berat yang berlebihan lebih cenderung mengidap kencing manis berbanding mereka yang memiliki berat badan yang ideal. Penggunaan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan diabetes, penggunaan ubat yang mengandungi steroid yang biasanya digunakan sebagai ubat anti radang ataupun ubat tahan sakit (pain killer) boleh meningkatkan risiko serangan diabetes, terutamanya lepada mereka yang menggunakannya dalam tempoh masa yang panjang.

  • Kencing manis semasa hamil
Diabetes kehamilan terjadi kepada ibu ketika mereka mengandung namun akan hilang selepas bayi dilahirkan. Pengidap diabetes kehamilan ini mempunyai risiko untuk mengidap diabetes jenis 2 pada kemudian hari jika tidak menjaga pemakanan. Ada sesetengah kes dimana diabetes kehamilan yang didiagnos sebenarnya merupakan diabetes jenis 2.


Kajian mengenai kemampuan keladi tikus merawat kencing manis telah dijalan oleh beberapa gabungan universiti tempatan dan ianya telah diterbitkan melalui jurnal perubatan antarabangsa, El Savior.

Keladi tikus rawat diabetes
Penggunaan herba keladi tikus untuk rawatan kencing manis telah lama diamalkan, terutamanya oleh mereka yang berada di sekitar asia tenggara. Di Malaysia, selain digunakan sebagai rawatan kanser secara semulajadi, herba keladi tikus juga terkenal dengan kemampuannya merawat kencing manis, terutamanya kencing manis jenis 2. Pokok herba yang matang (berusia 4 bulan ke atas) sering dicari untuk dijadikan sebagai salah satu kaedah merawat yang berkesan, namun ianya kini tidak dapat dijumpai disebabkan oleh kepupusan disamping tidak ramai yang mengetahui dos penggunaannya. Kebanyakan daripada mereka yang menggunakan herba keladi tikus asli ini akan merasakan kembali bertenaga, peningkatan berat badan, tubuh kembali berisi dan kemampuan kelakian menjadi semakin baik.

Elakkan makanan yang tinggi karbohidrat juga perlu diamalkan oleh pesakit diabetes jika inginkan keberkesanan yang lebih optimum atau proses rawatan memerlukan masa yang lebih lama untuk mendapatkan hasil.

Dos keladi tikus untuk tujuan rawatan adalah 3 biji pagi dan 3 biji petang, selepas 6 bulan penggunaan, pesakit boleh memeriksa status kesihatan mereka di hospital dan biasanya akan mendapati kadar kandungan gula di dalam darah kembali berada pada paras normal (terbukti), apabila kesihatan sudah bertambah baik, boleh teruskan pengambilan dengan dos seperti biasa untuk tujuan penjagaan (maintain phase). Bagi tujuan pencegahan pula, dos yang disarankan adalah 1 biji pagi dan 1 biji petang. Herba yang memiliki kandungan anti-diabetic yang tinggi ini merupakan salah satu daripada kaedah rawatan yang efektif terutama apabila tubuh tidak lagi mampu menampung kadar glukosa yang tinggi di dalam darah.

Penurunan bacaan gula dalam darah dapat dilihat selepas 6 bulan penggunaan herba keladi tikus, ini telah terbukti terutamanya bagi mereka yang mengidap diabetes jenis 2.

Tesis ijazah kedoktoran: Keladi tikus anti diabetik

Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian STF Kapsul Keladi Tikus Premium dan TF Kapsul Keladi Tikus Plus Aprikot yang mengandungi buku panduan sahaja, tidak ada jaminan keaslian bagi keluaran yang lain dan sebarang penggunaan adalah dibawah tanggungjawab sendri. Sayangi diri, dapatkan keluaran berdaftar dan asli melalui baner di bawah.

Back to content