Keladi Tikus
Sacha Inchi, yang turut dikenali sebagai kacang inca, merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di dataran tinggi di Peru. Walaupun Sacha Inchi ini baru sahaja diperkatakan di dalam komuniti kesihatan sedunia namun ia sebenarnya telah ditanam dan digunakan oleh mereka yang tinggal di pendalaman Amazon sejak 3000 tahun yang lalu. Buahnya tidak boleh dimakan mentah, ia perlu dimasak (dibakar) terlebih dahulu dengan api yang perlahan sebelum dimakan.
Sacha Inchi bukanlah sekadar makanan ringan, ia merupakan super food yang kaya dengan kandungan protein, omega 3, 6 dan 9, selain itu ia turut mengandungi alpha tocopherol (vitamin E) karotenoid (vitamin A) dan serat. Makanan super ini amat mudah dihadam dan tidak akan menyebabkan sebarang alahan. Minyaknya pula mempunyai rasa yang sama dengan minyak zaitun, hanya lebih ringan pada sudut rasa dan sedikit pedas dengan kandungan protein dan omega 3 yang lebih padat.
Sacha Inchi menjadi pilihan vegetarian keranan ia dapat membekalkan banyak nutrisi penting kepada tubuh. Sacha inchi kini setanding dengan krokot, biji chia, biji rami dan juga mikroalga kerana kandungan omega 3 nya yang tinggi. Sacha inchi juga mampu merendahkan kadar kolestrol jahat (LDL) disamping meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL). Bijiran ini juga mampu meningkatkan mood dengan merangsang serotonin, ini sekaligus membantu seseorang itu menangani tekanan dan mewujudkan rasa tenang dan gembira. Omega 3 yang terdapat padanya juga dapat mengurangkan keradangan otak, sakit kepala dan beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh masalah dalaman.
![](images/sacha-inchi-original-malaysia.jpg)
Berbentuk seperti bunga lawang, Sacha inchi mempunya 4 hingga 7 kelopak pada setiap bijinya.
Kegunaan
Secara amnya, Sacha Inchi banyak digunakan dalam dunia kosmetik dan juga perubatan, ekstrak daripada biji ini dapat mengekalkan kelembapan kulit sekaligus melindunginya daripada kerosakan kesan daripada pendedahan matahari, selain itu ia juga mampu mengawal pengeluaran minyak dan mengekalkan keanjalan kulit. Sacha inchi juga turut dikenali dapat mengekalkan keanjalan kulit sekaligus mencegah keradangan tanpa menyekat pori-pori kulit. Sacha inchi juga turut digunakan dalam bidang perubatan, ia dipercayai dapat menyokong fungsi otak, jantung dan sistem saraf, selain itu ia juga dapat membantu mengekalkan tekanan darah dan tahap kolestrol ke tahap yang ideal. Sacha inchi juga menyokong kepada pengeluaran serotonin yang bertanggungjawab mengawal beberapa fungsi badan seperti tidur, pergerakan, emosi, selera makan serta penghadaman, walau bagaimanapun bagi tujuan merawat beberapa penyakit kronik seperti kanser, Sacha inchi memerlukan sokongan tambahan daripada beberapa jenis tumbuhan herba yang tinggi anti kanser seperti keladi tikus.
![](images/ubat-kanser-keladi-tikus-asli-utusan-malaysia.jpg)
USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulai Pinang. Tesis serta kajian lengkap sila klik di sini
Keladi tikus
Herba keladi tikus merupakan tumbuhan semulajadi yang dapat merawat beberapa jenis penyakit kronik, termasuk kanser, Keladi tikus ini mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan dapat mengurangkan penghasilan radikal bebas di dalam tumbuh, selain itu, ia mengandungi Ribosome Inactivating Protein yang hadir secara semulajadi di dalam tumbuhan ini yang mampu menghalang sel kanser daripada terbentuk dan berkembang. Penggunaan herba Keladi tikus mampu mengaktifkan mekanisma pertahanan semulajadi tubuh di dalam melawan kanser, penggunaannya secara berterusan pula dilihat dapat mencegah serangan kali kedua yang biasanya terjadi pada pesakit tahap 3 ke atas.
Keladi tikus yang memiliki khasiat anti kanser ini biasanya tumbuh di beberapa kawasan di asia tenggara seperti di Myanmar, Laos, Bangladesh, China, bahagian Utara Australia, Indonesia dan juga Malaysia, manakala pokok yang tumbuh di Malaysia ini merupakan antara yang terbaik kerana ianya menerima pencahayaan yang mencukupi selain kandungan nutrisi semulajadi yang tinggi di dalam tanah. Kajian yang dijalankan oleh beberapa buah universiti tempatan dan luar negara mendapati herba keladi tikus sangat berkesan bagi merawat beberapa jenis kanser ganas, termasuklah kanser payudara dan juga leukemnia.
Penggunaan herba keladi tikus tidak hanya digunakan untuk merawat kanser sahaja, malah ia turut digunakan sebagai langkah pencegahan, terutama bagi mereka yang mempunyai sejarah keturuan penyakit ini. Penggunaan herba keladi tikus asli ini berkesan mengurangkan risiko serangan kanser berulang sehingga 93%.
Sacha inchi menyokong kondisi dan emosi pesakit manakala keladi tikus pula merawat sel kanser yang terjejas terus dari dalam sel.