Rokok dan Kanser - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Kanser
Merokok merupakan tabiat yang akan memberikan kesan buruk dalam jangka masa yang panjang kepada sesiapa yang mengamalkannya. Kesan daripada merokok bukan sahaja kepada diri sendiri malah ianya juga akan memberi kesan yang sangat jelas kepada mereka yang berada di sekeliling, terutamanya ahli keluarga. Asap rokok dapat memberi kesan kepada ibu mengandung, asap yang disedut oleh ibu mengandung, samada secara langsung mahupun tidak, boleh menyebabkan kelahiran pra matang (kes sebenar), hal ini akan meninggalkan kesan kepada bayi yang bakal dilahirkan seumur hidupnya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, sejumlah 20,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh tabiat merokok, dan mereka yang berada di antara julat umur 15 hingga 24 tahun mencatatkan kadar bilangan tertinggi perokok di negara ini. Ketagihan kepada nikotin menyebabkan tabiat ini sukar dibendung, terutamanya di kalangan pelajar sekolah.

Jurnal perubatan serta tesis lengkap mengenai kemampuan Keladi tikus merawat kanser, klik baner untuk info selanjutnya.

Pada tahun 2015, dianggarkan sejumlah 39.4% dari keseluruhan rakyat Malaysia merokok, pecahan daripada itu, 38% adalah lelaki dan selebihnya (1.4%) adalah terdiri daripada golongan wanita, menjadikan jumlah perokok di negara ini 4.7 juta orang secara keseluruhan.

Kesan Merokok
Tabiat merokok boleh merosakkan keseluruhan bahagian tubuh badan seseorang, ianya boleh membina kanser serta beberapa penyakit kronik yang lain, antara kesannya adalah:

Kanser:
  • Oropharynx - kawasan sekitar anak tekak.
  • Larynx - kawasan peti suara
  • Esophagus - saluran makanan menuju ke perut
  • Trachea, bronkus, dan paru-paru
  • Leukemia
  • Perut
  • Hati
  • Pancreas
  • Ginjal
  • Serviks
  • Pundi kencing
  • Colorectal - usus besar yang mengandungi najis

Penyakit Kronik:
  • Strok (Angin ahmar)
  • Kebutaan, katarak.
  • Kecacatan kongenital - penyakit sumbing di kalangan kanak-kanak.
  • Periodontitis - penyakit keradangan gusi / karat pada gigi.
  • Aneurisma aorta - pembengkakan pada saluran darah utama yang bersambung terus dengan jantung.
  • Penyakit jantung koronari
  • Pneumonia - penyakit paru-paru berair.
  • Penyakit vaskular periferal Atherosclerotic - urat tersumbat
  • Batuk kering, asma, dan kesan pernafasan lain
  • Diabetes
  • Kesan pembiakan pada wanita (masalah kesuburan)
  • Kehamilan ektopik - kehamilan di luar rahim
  • Masalah seksual lelaki
  • Artritis reumatoid - bengkak pada sendi
  • kemerosotan kadar imunisasi (pertahanan) tubuh
  • Kemerosotan tahap kesihatan.

Sakit dada
Kebanyakkan daripada mereka yang merokok melebihi tempoh masa 5 tahun atau lebih akan mengalami rasa sakit yang teramat pada bahagian dada, terutamanya semasa bangun pagi, ini disebabkan paru-paru sudah tidak dapat menampung kandungan tar yang terpendap bermula daripada nyalaan rokok yang pertama sehingga kepada batang yang terakhir. Kesakitan ini adalah amaran bahawa tubuh sedang berhadapan dengan bahaya, samada tabiat merokok ini perlu dihentikan atau berhadapan kanser atau penyakit kronik atau berakhir dengan kematian. 48% daripada mereka yang mengalami kesakitan ini apabila membuat imbasan sinar x (x-tray) biasanya akan mendapati terdapat tompok putih di sekitar paru-paru, tompok putih ini adalah kanser pada tahap permulaan (rendah) dan akan meningkat kepada tahap yang lebih tinggi jika tidak ada tindakan diambil. Pesakit kanser paru-paru biasanya akan meninggal dunia apabila kanser tersebut mencapai tahap 3 dan keatas (tahap merebak).

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content