Keladi Tikus > Kanser
Penyakit kanser
Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta sel. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan. Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:
- Tubuh seseorang akan membentuk longgokkan sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.
- Apabila sistem imun yang sihat musnah, maka ianya akan membuka ruang bagi sel kanser membiak dan membentuk tumor.
- Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.
- Sel kanser mendapat bekalan makanan daripada saluran darah yang dibina sendiri.
- Kanser mampu merebak sehingga keseluruhan tubuh melalui saluran darah.
- Kanser yang tidak dirawat dengan segera mampu merebak dengan cepat, terdapat banyak kematian disebabkan oleh serangan kanser yang lewat menerima rawatan.
- Kanser bukanlah sejenis penyakit yang boleh ditangguhkan rawatannya, malah ada yang meninggal dunia semasa semasa sesi rawatan.
- Ketumbuhan yang kecil berpotensi menjadi kanser jika tidak dikenalpasti pada peringkat awal.
- Penggunaan herba yang bersesuaian mampu mencegah kanser daripada terus merebak ke kawasan sihat yang lain.
Keladi tikus rawat barah - Utusan Malaysia (Arkib negara), 17/8/1998 Kredit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Tesis dan kajian lengkap: klik di sini
Keladi tikus rawat kanser
Selain mampu merawat kanser, penggunaan herba keladi tikus sebagai makanan tambahan (supplement) juga mampu menghalang tubuh daripada membina sel barah pada peringkat awal lagi. Masa yang diperlukan untuk sembuh adalah bergantung kepada tahap kanser yang dihadapi, ada yang cepat dan ada yang memerlukan masa sehingga 5 tahun sebelum disahkan sembuh sepenuhnya daripada kanser (Tuan Shahriman Hady Ismail, kanser perut, merebak ke buah pinggang, tahap 4, sembuh selepas 5 tahun menggunakan keladi tikus) keberkesanannya tidak dapat disangkal berikutan kemampuannya meresap jauh kedalam tubuh dapat mewujudkan keadaan yang tidak sesuai bagi kanser untuk membiak, elemen anti-kansernya pula mampu merencatkan pertumbuhan sehingga membawa kepada kemusnahan sel yang telah rosak. Permasalahan timbul apabila herba ini semakin sukar untuk dijumpai, jika sekitar 70 tahun dahulu ianya boleh didapati di tepi sungai dan di sekitar kawasan lembab, namun sekarang sudah tidak lagi, tambahan pula apabila ada pengguna yang tersalah menggunakan herba yang hampir sama dengan keladi tikus dari sudut bentuk, namun bukan bunganya (dalam kes ini adalahtyphonium giganteum) yang tidak mempunyai sifat anti kanser menyebabkan untuk mengenalinya amat berhajat kepada mereka yang arif serta pakar mengenainya.
Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia dan membunuh 5 juta yang lain. Menurut kajian di Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Kejadian sebenar kanser di Malaysia tidak diketahui dan dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta pertambahan pendudukan yang meningkat usianya, penggunaan herba Keladi tikus sedikit sebanyak dapat menghalang pembentukkan kanser.
Herba ini turut menjalani kajian berskala besar yang dibuat oleh beberapa universiti tempatan seperti UPM, UM, USM serta kolabrasi MAKNA - UPM dan beberapa penemuan penting hasil kajian ini telah direkodkan bagi rujukan umum, terutamanya pada kecenderungan herba ini di dalam merawat kanser secara alami. Hasil analisis berkaitan Keladi tikus boleh dirujuk pada halaman utama.
Keladi tikus ubat kanser - Universiti Sains Malaysia
Keladi tikus: kajian berskala besar
Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) yang turut dikenali dengan nama Rodent tuber, merupakan tumbuhan herba perubatan yang tergolong dari keluarga Araceae, ianya sering digunakan sebagai ubat tradisional secara meluas sebagai terapi barah (termasuklah leukemia) oleh perlbagai etnik di sekitar asia tenggara. Mengikut data daripada kajian tempatan, umbi tumbuhan ini mengandungi sebatian aktif yang mampu merawat pelbagai jenis kanser, termasuklah kanser payudara, paru-paru, rektum, kanser hati, masalah prostat, pankreas, kanser serviks dan lain-lain.
Beberapa unsur kimia telah dikenal pasti daripada tumbuhan ini, antaranya adalah asid alifatik (alpha lipoic acid) yang berupaya mengurangkan kesan kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit diabetes, manakala pecahan heksana daripada umbi Keladi tikus bersifat sitotoksik yang boleh menyebabkan kemusnahan sel kanser, penggunaannya pula dapat mengurangkan kesan sampingan yang datang daripada rawatan konvensional seperti kimoterapi.
Keladi tikus merupakan tumbuhan semulajadi yang mengandungi ciri-ciri merawat kanser, ianya tidak bertoksik pada tisu serta organ yang sihat dan merupakan pendekatan yang berpotensi bagi menurunkan risiko perkembangan sel kanser. Keladi tikus merupakan tumbuhan perubatan herba yang telah lama digunakan sebagai tumbuhan anti barah, ekstrak daripada tumbuhan ini mengandungi sebatian asid lenoniac yang telah terbukti mampu mendorong apoptosis (kemusnahan sel) pada pelbagai jenis kanser dengan menghalang pembebas survivin, sejenis protein pengikat sel kanser sekaligus mendorong kepada kemusnahan sel tersebut.
Rujukan: Survivin: A unique target for tumor therapy, Cancer Cell International, Biomedcentral, 2016.
Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.