Penawar Kanser - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Kanser
Kanser boleh diubati, terdapat beribu-ribu kes yang menemui kejayaan, baik dari penggunaan kaedah tradisional mahupun moden, akan tetapi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti oleh pesakit yang menghidapi kanser untuk sembuh sepenuhnya, ini kerana, walaupun kanser itu telah hilang, kebiasaannya ia akan meninggalkan sisa sakit baki sel yang aktif yang tidak termusnah semasa proses rawatan, ini akan menyebabkan sel itu kembali menjadi ketumbuhan utama (malignant) selepas beberapa tahun (biasanya 5 tahun) dan saki baki sel kanser yang tercicir ini akan membina perumah di bahagian lain pada anggota badan dan biasanya tidak disedari sehinggalah ianya terbentuk dalam bentuk yang boleh dikesan melalui kaedah perubatan yang sedia ada. Tidak ada satu pun kaedah rawatan yang menjanjikan penyembuhan kanser secara total, ini kerana sel kanser sebenarnya adalah sebuah kehidupan asing yang wujud di dalam tubuh, dan ianya akan terus hidup jika pesakit itu sendiri tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak berpantang serta tidak mengamal pemakanan sebagaimana yang disarankan.

Terdapat banyak pantang larang yang perlu diikuti oleh pesakit kanser, salah satunya adalah mengamalkan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh (detoxification) seperti berbasikal, berkebun, berenang dan lain-lain. Pesakit kanser juga disarankan agar mempunyai hobi yang boleh mengalihkan tumpuan pemikiran daripada memikirkan tentang masalah kanser yang dihidapi, semakin kuat pesakit itu memikirkan kanser yang dihadapi, semakin nipis peluang untuknya sembuh, ini kerana kanser adalah penyakit yang berkait rapat dengan emosi, oleh itu pesakit seharusnya menjalani kehidupan sebagaimana biasa tanpa perlu memberati pemikiran dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya perlu berikhtiar untuk mencari rawatan yang boleh membebaskan dirinya daripada penyakit ini. Meratapi penyakit yang dihadapi tanpa mencari penawarnya hanyalah akan memburukkan lagi keadaan.

Kanser adalah sejenis penyakit yang berkembang secara multiply (pecahan). Ia boleh menyerang pada beberapa bahagian tubuh pada satu-satu masa. Pencegahan awal seperti pengambilan makanan tambahan seperti herba dilihat dapat mengawal kanser daripada terus menyerang. Terdapat juga langkah rawatan bagi mereka yang sudah terkena penyakit ini, samada melalui kaedah perubatan moden mahupun secara tradisional. Kanser terhasil akibat perubahan faktor persekitaran yang tercemar serta makanan yang tidak mempunyai khasiat, malah beracun. Kanser biasanya menyerang tubuh yang berasid tinggi, kandungan asid dapat diukur melalui kaedah ujian darah. Penggunaan bahan beralkali tinggi (namun tidak semestinya) dapat mengimbangi kandungan asid sekaligus dapat meminimakan risiko terkenanya serangan kanser, terutamanya pada mereka yang mempunyai sejarah keturunan yang mengidap penyakit ini. Kanser mengambil masa yang lama untuk dikesan, ianya kadang kala tidak memberi sebarang tanda sehinggalah ianya mencapai tahap 3 dan 4 dan biasanya agak sukar untuk dirawat.


Keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib negara
17/8/1998. Kredit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Untuk keberkesanan yang menyeluruh serta kesan yang paling optimum, kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba Keladi tikus yang terdapat pada STF Keladi Tikus dan TF Keladi Tikus Plus Aprikot sahaja, keluaran asli mengandungi buku panduan di dalam setiap kotak. Sayangi diri, dapatkan hanya keluaran berdaftar dan asli melalui baner di bawah atau klik di sini.


Berasaskan bio perubatan
Herba keladi tikus (Typhonium flagelliforme) adalah tanaman sejenis talas setinggi 25 cm hingga 30 cm, termasuk tumbuhan semak, menyukai tempat yang lembab yang tidak terkena matahari langsung. Tanaman berbatang basah ini biasanya tumbuh di tempat terbuka pada ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut. Bentuk daunnya bulat dengan ujung runcing berbentuk jantung. Warnanya hijau segar dan umbinya berbentuk bulat rata sebesar buah pala. Tanaman ini pertama kali diakui sebagai tanaman yang mempunyai nilai perubatan oleh ahli botani, Prof Dr.Chris K.H.Teo,Dip Agric (M), BSc Agric (Hons)(M), MS, PhD, Universiti Sains Malaysia. Sejak tahun 1995 Prof. Chris Teo meneliti tanaman ini, selain membantu detoxifikasi jaringan darah, herba ini akan lebih berkesan jika pengguna mengamalkan pantang larang pemakanan. Senarai makanan yang perlu dielakan adalah seperti yang tersenarai di sini (klik)

Herba Keladi tikus mengandungi ribosome inacting protein (RIPs), zat antioksidan dan zat antikurkumin. Kombinasi ketiga-tiga zat ini dapat mengaktifkan fungsi sel darah dengan menghasilkan beberapa komponen aktif, sehingga merangsang dan mengaktifkan sistem kekebalan tubuh. Di Malaysia Keladi tikus digunakan sebagai ubat penyembuh kanser yang penggunaannya dicadangkan perlu bersama dengan rawatan seperti kemoterapi (chemotherapy) atau radioterapi (radiotherapy). Terdapat pesakit kanser tahap tinggi yang menggunakan keladi tikus telah menunjukkan hasil yang sangat positif. Keladi Tikus dapat mengatasi efek sampingan dari chemotheraphy, seperti rambut gugur, mual, perasaan tidak selesa dan berkurangnya nafsu makan. Peluang untuk sembuh secara total daripada kanser adalah berbeza diantara individu, ada yang cepat, ada yang lambat dan ada juga yang tidak sembuh, ini semua bergantung kepada tahap metabolisma tubuh, tahap kepekatan darah, tahap kekuatan semangat, selalu positif, pemakanan, rasa ingin sembuh dan keyakinan diri yang tinggi, selalu bersenam (senaman yang mengeluarkan peluh) selain sokongan daripada ahli keluarga sangat banyak membantu dalam proses penyembuhan disamping penggunaan ubat yang boleh mencegah pembentukan kanser bermula daripada peringkat awal sehingga pada peringkat yang seterusnya. Adalah perlu diketahui bahawa setiap pesakit kanser sedang berhadapan dengan penyakit yang mempunyai kekebalan yang tinggi terhadap ubat-ubatan, ianya tidak begitu mudah untuk diubati dan memerlukan tahap kesabaran serta spiritual yang tinggi untuk bebas sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini.

Pemakanan yang tidak terkawal seperti pengambilan gula dan garam berlebihan, makan makanan yang diproses seperti sosej atau daging burger, makanan yang diawet seperti sardin, makanan yang tinggi kandungan bahan pewarna dan perasa seperti keropok segera, merokok, mengambil alkohol serta emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan kanser yang ada menjadi semakin subur dan sukar untuk dirawat, oleh itu elakkan mengambil makanan seperti yang tersenarai di atas, jaga pemakanan juga telah terbukti dapat mengurangkan keaktifan kanser yang ada, emosi yang stabil disamping penggunaan herba seperti keladi tikus secara konsistan juga dilihat dapat memperlahan kanser yang ada daripada terus berkembang.

Penawar kanser semulajadi
Tidak ramai yang mengetahui akan kewujudannya, malah ada yang tersenyum apabila mendengar namanya, tetapi disebalik itu terdapat sejuta rahsia yang mampu mengubah kehidupan pesakit kanser. Rekod awal penemuannya adalah pada tahun 1819 (rujuk The Botanical Cabinet, Vol. 4, George Loddiges, Arch John & Author, 1827, London) oleh seorang pengkaji dari eropah bernama G. Loddiges manakala sampel pokok diambil dari Serampore, Utara Bengal dengan bantuan seorang doktor bernama Dr. Carey. Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan liar yang telah menjalani kajian universiti tempatan dan luar negara, malah ianya juga turut dijadikan sebahagai bahan utama di dalam beberapa jenis ubat tradisional cina.

Penggunaan herba ini merupakan kaedah rawatan utama didalam merawat pelbagai jenis kanser pada zaman sebelum rawatan moden diperkenalkan, kebanyakkan daripada pengamal perubatan berasaskan herba mencampurkan herba Keladi tikus kedalam ramuan mereka. Selain tidak mempunyai kesan sampingan, pesakit juga menunjukkan tindakbalas yang positif namun disebabkan oleh kepupusan maka penggunaan herba ini menjadi semakin terhad dan kurang diketahui umum.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.


Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian yang ada pada STF dan TF Plus sahaja, kami tidak dapat menjamin keaslian yang ada pada keluaran lain, terutamanya keluaran yang:

  • Tiada nombor KKM
  • Tiada pelekat KKM
  • Tiada buku panduan
  • Tanpa kotak
  • Tiada alamat pengeluar
  • Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli.

Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner di bawah.

Back to content