Kenali Keladi Tikus - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus
Kenali Keladi Tikus
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan terhadap keladi tikus di dalam melawan kanser, ianya telah direkodkan pada beberapa bab pengajian dan telah pun dibentangkan, hasil yang ditemui ini sebenarnya adalah sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan tajuk yang mungkin tidak begitu menarik minat orang ramai tetapi ianya mampu mewujudkan satu fenomena sehingga ada beberapa laman web yang terpaksa di sekat daripada capaian awam kerana pembentangan, isi kandungan serta rujukan yang terdapat padanya dengan jelas menunjukkan dengan penggunaan serta dos yang betul, keladi tikus mampu merawat kanser.

Cara pengolahan
Ramai yang berpendapat bahawa penggunaan herba keladi tikus ini cukup sekadar dengan mengambil herba ini dan sembuh, sebenarnya terdapat beberapa cara yang perlu diikuti bagi mereka yang ingin mendapatkan khasiat herba keladi tikus ini secara maksimum, kaedah yang telah diamalkan oleh Berkat Herba Nusantara di dalam penyediaan herba keladi tikus telah berjaya membantu ramai pesakit yang memerlukan, antaranya adalah:

  • Menggunakan pokok berumur lebih dari 4 bulan - penggunaan herba yang tidak matang (berusia 3 bulan ke bawah) juga tidak menjadi masalah namun khasiat yang terdapat pada herba yang matang adalah berkali ganda melebihi herba yang tidak matang. Cara mengenali herba yang sudah mencapai umur adalah melalui pengalaman kami hampir 9 tahun di Berkat Herba Nusantara.


USM temui Keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit USM Pulau Pinang - Tesis lengkap klik di sini

  • Pilih daun yang berjalur tebal - selain daripada membawa cecair, daun yang mempunyai jalur tebal menyimpan lebih banyak zat anti kanser berbanding daun atau batang yang mempunyai jalur nipis. Keladi tikus yang mempunyai jalur tebal biasanya berwarna hijau tua.
  • Ambil herba yang tumbuh di laluan air - herba yang berada di kawasan yang mempunyai kandungan air yang mencukupi secara kebiasaannya hidup dengan lebih subur.
  • Herba tanpa baja - ini adalah penting kerana apa yang kita mahukan adalah khasiat semulajadi yang terdapat pada keladi tikus yang tidak bercampur dengan bahan asing yang boleh menjejaskan mutu serta kualiti yang seharusnya ada pada setiap pokok.
  • Herba liar - Kelebihan yang terdapat pada herba keladi tikus liar ini merupakan satu anugerah yang tidak dapat ditemui pada tanaman lain. Ianya tumbuh dan membesar tanpa sebarang pengawasan atau racun, menjadikan kandungan yang terdapat padanya benar-benar berkualiti dan bermutu tinggi, walau bagaimanapun, herba keladi tikus liar sukar dan hampir mustahil ditemui jika bukan dengan mereka yang sudah biasa dengannya.
  • Pengeringan yang perlahan - selain daripada pengeringan di bawah cahaya matahari, kaedah pengeringan secara perlahan pada suhu 35-45 darjah akan dapat mengekalkan kebaikan yang ada pada herba keladi tikus. Kaedah pengeringan yang diamalkan biasanya akan mengambil masa sehingga 1 minggu untuk mendapatkan herba keladi tikus mentah kering yang benar-benar berkualiti tanpa menjejaskan warna dan struktur.

Back to content