Keladi Tikus

USM temui keladi tikus ubat kanser - Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia.
Pengenalan
Keladi Tikus adalah sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium Flagelliforme (Lodd) Blume) dan tergolong dalam genetik Typhonium. Tanaman semak jenis talas ini hanya tumbuh dengan ketinggian 25 hingga 30cm sahaja dan memilih tempat lembab berpaya untuk tumbuh. Daunnya berbentuk seperti jantung, tumbuh dari ubi dan berwarna hijau segar. Dalam Bahasa Inggeris keladi tikus disebut sebagai Rodent Tuber. Ia dapat dijumpai di kebanyakan titik lembab di Malaysia dan beberapa buah negara di asia tenggara. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam merawat beberapa jenis penyakit.
Dalam buku Sichuan Chinese Pharmacological History, dituliskan bahawa unsur timbangan bagi typhonium ialah “hangat dan mempunyai rasa kemanis –manisan, kelat, menyucuk, gatal, bertoksik dan ia boleh menyembuh sakit gastrik dan sendi disebabkan dari gangguan darah”. Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe; seorang botanis berkata, keladi tikus dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’, ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan keladi tikus dan melalui kajian dijalankan ke atas keladi tikus atau Typhonium, Teo berkata, pesakit menunjuk kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan kembali mempunyai selera makan.
Khasiat dan kegunaan
Di antara khasiat herba ini, ia bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim, buah pinggang serta bermacam jenis kanser lagi. Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria. Serbuk yang dilumatkan dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi. Sebelum penemuan terbaru ini, herba tanaman ini telah lama digunakan dalam rawatan kecederaan dalaman dan bengkak dalaman yang menyebabkan pengumpulan cecair pada sel sel dan tisu dalaman. Batang tanaman ini (Rhizome) secara tradisional digunakan sebagai ubat batuk dan untuk penyakit paru-paru. Di Filipina pembungaannya diguna untuk meredakan pendarahan dan membantu penyembuhan luka (Perry, 1980).

Arkib Utusan - Keladi tikus rawat barah, Berita Minggu, Ahad 7 Julai, 1991
Keladi tikus mempunyai bahan aktif yang dikenali dengan nama Ribosome Inactivating Protien yang merupakan sebuah mekanisma pertahana pokok yang wujud pada beberapa bahagian seperti daun, batang serta ubinya. Ribosome Inactivating Protein ini merupakan sebatian yang kuat bagi mengubati beberapa jenis kanser, sepertimana kajian yang telah dijalankan oleh beberapa penyelidik dari Consiglio Nazionale delle Ricerche, Bari, Italy yang telah diterbitkan oleh Multidisciplinary Digital Publishing Institute (MDPI), Switzerland telah mendapati bahawa, selain mempunyai sebatian anti kanser yang tinggi, keladi tikus juga bersifat anti kulat, anti bakteria serta telah terbukti mempunyai aktiviti melawan yang kuat terhadap virus HIV-1 - rujukan1 rujukan2). Penemuan ini adalah sangat penting bagi kelangsungan kajian yang seterusnya. Walaupun tumbuhan Keladi tikus ini berasal daripada asia tenggara, namun pengkaji dari eropah lebih berminat untuk mengkaji secara lebih mendalam kelebihan yang ada pada pokok ini berbanding dengan mereka yang berada di asia tenggara itu sendiri, yang hanya bergantung kepada kimoterapi bagi merawat kanser yang ada, ini menunjukkan kita masih lagi jauh ketinggalan di dalam konteks mencari rawatan pelengkap berasaskan bahan semulajadi berbanding negara maju yang berlumba-lumba mencari solusi dan tidak hanya bergantung kepada satu kaedah rawatan semata-mata. Bagi pesakit kanser, herba keladi tikus perlu diamalkan sekurang-kurangnya setahun bagi melihat hasilnya.
Keladi tikus sangat berkesan bagi merawat pelbagai jenis kanser, termasuklah leukemia, kanser paru-paru, kanser hati serta kanser tulang secara keseluruhan.
Keladi tikus melawan kanser
Keladi tikus mempunyai kandungan Ribosome-Inactivating Proteins, sejenis protein yang wujud sebagai salah satu mekanisma pertahanan bagi tumbuhan ini, namun kajian yang dilakukan menunjukkan ianya juga mampu merawat kanser terus dari dalam sel. Keratan artikel perubatan menunjukkan selain daripada menyembuhkan kanser, ianya juga mampu merencatkan pertumbuhan pelbagai jenis kanser, keupayaan Ribosome-Inactivating Proteins ini telah dikaji di Cina dan juga Itali.

Keratan 1: Kajian terhadap Ribosome-Inactivating Proteins oleh School of Medicine, Shenzhen, China.

Keratan 2: Kajian terhadap Ribosome-Inactivating Proteins oleh Hospital San Raffaele dan Universiti Vita-Salute San Raffaele, Milan, Itali.

Keratan 3: Kajian terhadap Ribosome-Inactivating Proteins, gabungan institut genetik tumbuhan (Genetica Vegetale), institut bioteknologi biologi pertanian (Biologia e Biotecnologia Agraria) serta institut reka bentuk molekul (Cristallografia) , di Milan serta Bari, Itali.

Oleh kerana keberkesanannya yang sangat efektif, masyarakat Cina di Malaysia menggunakan Keladi tikus asli bagi merawat kanser yang dihadapi. - Dapatkan keluaran keladi tikus di sini
Antara kemampuan herba Keladi tikus:
1. Merawat pelbagai jenis kanser, termasuklah leukemia, kanser kulit, kanser payudara, kanser hati, hempedu, pankreas, kanser tulang, kanser usus, kanser otak, kanser paru-paru, rektum, kanser serviks serta pelbagai jenis kanser lain lagi, termasuk kanser pundi kencing.
2. Mengecutkan dan menghalang pertumbuhan tumor baru (Second attack)
3. Mengurangkan kesan sampingan dari rawatan kemoterapi (keguguran rambut, mual, hilangan selera makan dsb).
4. Bertindak sebagai Anti-virus dan bakteria.
5. Merungkaikan keracunan toksik ubatan dan kimoterapi.
6. Merungkaikan keracunan toksik tar rokok.
7. Mengatasi penyakit diabetis melitus.
8. Melawan ketagihan dadah.
9. Meningkat stamina dan ketahanan diri.
10. Membantu melegakan penyakit kegagalan jantung.
11. Meyembuh selsema, batuk, kahak, pendarah dan sakit kepala.
12. Anti Asma.
13. Meredakan bisul.
14. Mengatasi masalah kekembungan perut.
15. Menyembuh penyakit hati.
16. Mengurangi kesakitan berpunca dari kanser.
17. Mengurangi kesakitan pada dada akibat merokok.
18. Merawat buasir
19. Melegakan batuk yang berpanjangan
Bagaimana keladi tikus bertindak?
Typhonium flagelliforme (keladi tikus) membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan juga haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel. Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berfungsi sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat kanser. Herba ini juga turut mengandungi sesuatu yang jarang ditemui, Ribosome Inacting Protein (RIPs) yang tinggi selain dari antioksidan dan juga antikurkumin. Enzim RIPs ini berfungsi sebagai pembunuh sel kanser dengan menyerang bahagian tersebut tanpa merosak sel-sel sihat yang lain (Kajian oleh Istituto di Genetica Vegetale, Consiglio Nazionale delle Ricerche, Bari, Italy; Istituto di Biologia e Biotecnologia Agraria, Consiglio Nazionale delle Ricerche, Milan, Italy; Istituto di Cristallografia, Consiglio Nazionale delle Ricerche, Bari, Italy, teks diterbitkan oleh MDPI, Basel, Switzerland. - rujukan), sekaligus menghalang pertumbuhan sel kanser yang baru. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai anti inflamasi / anti radang.

Antara titik dimana herba keladi tikus boleh dijumpai pada habitat semulajadi.
Manfaat Keladi Tikus
Menurut data dari Malaysia,berbagai penyakit telah disembuhkan antara lain:
- Berbagai kanser seperti payudara, paru-paru,usus besar-rectum, liver, prostat, ginjal,leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukimia, hempedu, pankreas dan hepatitis (Media Indonesia)
- Penyakit-penyakit berat lainnya seperti: Diabetes Melitus, demam berdarah, radang otak, radang tenggorokan,ambeien akut, sakit gigi, keputihan, kista, sinus (gangguan hidung), hernia, biduran dan semua penyakit yang disebabkan virus dan bakteria.
- Mengurangi efek samping kemoterapi (seperti: keguguran rambut, kulit kusam, mual-mual)
- Menghentikan perdarahan diluar maupun didalam tubuh.
- Untuk kanak-kanak dapat mengubati berbagai radang dan sakit gigi.
Keladi tikus penawar kanser semulajadi.
Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (Natural Killer - Pembunuh Semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, maka tubuh kita dengan mudahnya akan mendapat penyakit kanser. Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali dimana ianya merupakan persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) dapat membantu tubuh dalam membekalkan beberapa komponen aktif bagi tubuh bertindak secara semulajadi bagi memerangi sel asing yang wujud di dalam tubuh. Perkembangan sel yang tidak diperlukan seperti sel kanser dapat dicegah dengan tindakan awal seperti penggunaan herba keladi tikus yang mempunyai sebatian Ribonsome Inactivating Protien secara semulajadi dapat memberikan tenaga tambahan kepada tubuh dan seterusnya memperkukuhkan sel NK, ini dapat dilihat dengan kesan kemasukkan kesemua enzim keladi tikus ke dalam darah pesakit yang mempunyai masalah kanser dengan cara penggunaan selama sekurang-kurangnya enam ke dua belas bulan berturut-turut dan tindakan ini perlulah disusuli dengan pemerhatian (medical examination) oleh pakar yang mempunyai pengalaman didalam mengukur kadar reaktif sesebuah sel kanser.
Cara herba Keladi tikus bertindak didalam tubuh manusia adalah berbeza dengan kaedah rawatan konvensional yang lain. Ianya menyerang sel kanser menerusi apa yang dimakan oleh sel tersebut yang seterusnya akan menyebabkan pengecutan dari dalam pusat sel, ini akan menyebabkan semakin lama, sel itu akan mengecut dengan sendiri kerana kekurangan zat yang sepatutnya menjadi makanan kepada sel tersebut. Di dalam hal ini, pengguna perlulah memahami setiap makanan yang dimakan olehnya akan menjadi makanan bagi sel kanser, ini harus diperhatikan dengan mengikuti beberapa panduan pengambilan pemakanan (pantang) yang telah ditetapkan seperti:
- Penggunaan gula putih biasa adalah sangat tidak digalakkan, ganti dengan madu lebah asli.
- Daging merah (lembu, kambing) tidak disyorkan.
- Susu asli (yang terkandung pigmen darah merah) tidak digalakkan, sila hadkan pengambilan.
- Makanan dalam tin seperti sardin atau laici manis dalam tin, ini perlu dielakkan.
- Minuman 3 dalam 1 yang tinggi kandungan gula, ini perlu dijauhi.
- Merokok dan Alkohol, ini perlu dibuang terus dari kehidupan seharian.
Disamping itu, pesakit juga perlu menjalani sebuah kehidupan yang sihat seperti selalu bersenam dan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, sebaliknya memikirkan bagaikan untuk merawat penyakit yang ada disertakan dengan azam dan keyakinan yang kuat bahawa penyakit yang ada itu ada penawarnya, cuma ikhtiar yang lebih sedikit diperlukan kerana pada hakikatnya, kanser bukanlah satu penyakit yang sama taraf dengan sakit gigi atau demam biasa, ianya memerlukan komitmen yang tinggi untuk sembuh sepenuhnya.
Ancaman
Herba Keladi tikus tidak terlepas daripada mempunyai musuh yang tersendiri. Ia biasanya berhadapan dengan serangan makhluk perosak seperti beluncas yang akan memakan keseluruhan pokok bermula daripada daun sehingga ke batang. Beluncas ini datang daripada spesis rama-rama jenis Manduca sexta (Tobacco Hornworm) dan juga Deilephila elpenor (Elephant Hawk-moth). Kedua-dua spesis ini biasanya bertelur diantara bulan febuari hingga april. Seekor beluncas boleh menyebabkan keseluruhan pokok matang hilang dalam hanya 20 minit. Masih belum dikenalpasti kaedah pencegahan yang terbaik bagi mengatasi serangan daripada serangga perosak ini namun kaedah tradisional seperti cari dan kutip secara manual merupakan kaedah yang sering diamalkan bagi mengekalkan keaslian yang ada pada herba Keladi tikus ini tanpa menggunakan sebarang racun perosak.
Herba Keladi tikus juga akan mengalami pengecutan selepas berusia 5 bulan dan keatas. proses pengecutan ini akan kelihatan jelas pada fizikal termasuk pada batang serta daunnya. Tidak dapat dipastikan faktor utama yang mendorong proses ini berlaku namun faktor semulajadi dilihat antara penyebab utama. Pereputan ubi serta akar juga akan berlaku kepada herba ini, hal ini terjadi disebabkan oleh faktor umur, namun faktor luaran seperti ubi berada terlalu lama di dalam tanah selain berada pada kawasan persekitaran yang basah pada tempoh masa yang lama (30 hari++) juga boleh menyebabkan ubi menjadi rosak dan mereput.
Herba Keladi tikus turut dikenali kalangan pengamal perubatan tradisional, khususnya di rantau asia tenggara seperti Malaysia dengan nama Keladi cheng (panggilan oleh kaum cina di Malaysia) talas kunting dan beberapa nama lain lagi. Kandungan toksin yang ada padanya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit, termasuk kanser, telah menarik minat beberapa buah universiti, termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Malaya (UM) untuk membuat penelitian yang lebih mendalam terhadap herba ini. Mengikut beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia menunjukkan, terdapat tindakbalas dari sudut pertumbuhan sel kanser apabila disatukan dengan ekstrak daripada keladi tikus, hal ini terjadi berikutan daripada tindak balas komponen yang dikenali dengan nama Ribosome inactivating protein, yang mempunyai keberkesanan menyekat perkembangan sel kanser dari terus merebak. Ribosome inactivating protein apabila digabungkan dengan Monoclonal antibodies yang terbentuk secara semulajadi dalam tubuh akan menghasilkan sejenis toksin yang dikenali dengan nama Immunotoxins, sejenis toksin yang bersifat membunuh sel dan ianya digunakan untuk rawatan kanser serta beberapa jangkitan viral yang lain (rujukan).
Menerusi satu penyelidikan yang diketuai oleh pasukan UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory, Universiti Putra Malaysia terhadap herba Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) menunjukkan, terdapat gangguan pada pertumbuhan kanser jenis malignant (jenis kanser, merebak) selepas disatukan dengan ekstrak Keladi tikus. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Lymphoblastoid seperti yang dipaparkan pada rajah 1.

Penggunaan herba keladi tikus mempunyai sejarahnya yang tersendiri, ianya tidak begitu dikenali sehingga ianya diperkenalkan oleh profesor daripada Universiti Sains Malaysia, yang membantu seorang pesakit kanser membiakkan tumbuhan herba ini untuk merawat kanser yang beliau hadapi. Pokok Keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini adalah yang paling tinggi kandungan penyembuhan dan biasanya boleh dijumpai pada kawasan lembab seperti di tepi laluan sungai serta paya serta secara lazimnya tumbuh pada ketinggian 1000 kaki pada aras laut, walau bagaimanapun, ianya juga boleh dijumpai pada kawasan yang mempunyai kadar pencahayaan yang kurang seperti dibawah pokok besar berbanding kawasan yang lapang dan terang serta jauh daripada capaian manusia. Pokok ini tidak tumbuh pada kawasan yang tercemar sumber airnya. Akarnya berukuran kira-kira empat inci tidak mampu menampung jumlah air yang banyak kerana saiznya yang kecil menyebabkan ia memerlukan kawasan yang sentiasa lembab yang mempunyai saliran air (seperti wasabi) untuk terus hidup. Pokok keladi tikus akan mati apabila keadaan persekitarannya menjadi terlalu kering atau tiada sumber air diperolehi. Sehingga kini, herba keladi tikus telah berjaya menyembuhkan ramai pesakit kanser, bahkan ada yang datang daripada Australia, Singapura serta Brunei demi untuk mendapatkan herba ini.
Cara penggunaan kapsul Keladi tikus
Keladi tikus mempunyai cara pengambilan bergantung kepada tujuan penggunaan, samada digunakan sebagai rawatan atau pencegahan, dan berikut adalah dos serta kaedah penggunaannya:
- Pencegahan / sebagai makanan tambahan:
Diambil 3 kapsul pagi, sebelum sarapan, dengan 600ml air masak (sukatan: sebotol mineral kecil) atau dengan air suam (600ml) bercampur dengan satu sudu makan madu lebah asli.
- Rawatan tahap 1 - 2:
Diambil 3 kapsul pagi 3 kapsul petang, sebelum makan, dengan 600ml air masak (sukatan: sebotol mineral kecil) atau dengan air suam (600ml) bercampur dengan satu sudu makan madu lebah asli.
- Rawatan tahap 3 - 4:
Diambil 4 kapsul pagi 4 kapsul petang, sebelum makan, dengan 600ml air masak (sukatan: sebotol mineral kecil) atau dengan air suam (600ml) bercampur dengan satu sudu makan madu lebah asli.
* jika tiada madu asli cukuplah sekadar mengambilnya dengan air suam biasa.
Nota: Orang dewasa disarankan meminum air masak sebanyak 2 liter sehari bagi mengganti jumlah air yang kehilangan dari tubuh. Jumlah pengambilan ini dapat membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan sembelit, mengurangkan risiko kanser, batu karang serta masalah berkaitan kulit.
Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian yang ada pada STF dan TF Plus sahaja, kami tidak dapat menjamin keaslian yang ada pada keluaran lain, terutamanya keluaran yang:
- Tiada nombor KKM
- Tiada pelekat KKM
- Tiada buku panduan
- Tanpa kotak
- Tiada alamat pengeluar
- Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli.
Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner di bawah.