Keladi Tikus
Keladi tikus ubat kanser
Masih tidak ramai yang mengetahui akan keberkesanan herba keladi tikus di dalam merawat pelbagai jenis kanser,dan hasil kajian berkaitan dengan kemampuan herba ini telah pun diterbitkan oleh journal perubatan dan tesis kesihatan yang merujuk kepada "sejenis herba yang tumbuh pada kawasan yang teduh dan tidak terkena cahaya matahari secara langsung". Herba keladi tikus ini telah berjaya membantu beribu pesakit kanser di sekitar asia tenggara, amerika syarikat, australia serta beberapa buah negara lain sehingga ada pengeluar produk kesihatan dari kanada yang mencampurkan ekstrak herba Keladi tikus ini di dalam produk keluaran mereka disebabkan oleh keberkesanannya di dalam merawat pelbagai jenis penyakit, hal ini menunjukkan ramai yang telah mengetahui akan khasiat herba purba ini namun tidak ramai yang berpeluang untuk mendapatkannya berikutan ianya sukar dijumpai dan hanya dapat ditemui pada negara yang beriklim hangat seperti di sekitar katulistiwa sahaja, herba Keladi tikus tidak tumbuh pada negara yang mempunyai empat musim dan kawasan bersalji. Rata-rata mereka yang menggunakan herba Keladi tikus ini telah menunjukkan tanda-tanda penyembuhan kanser yang ketara selepas 16 ke 24 bulan penggunaan, malah ada yang mengambil masa kurang daripada itu.
Keratan Utusan Malaysia, Utusan Malaysia (arkib negara)
17/8/1998 Kredit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Walaupun herba ini telah lama digunakan di Malaysia sebagai salah satu daripada penyembuh kanser, namun tidak ramai yang mengetahui akan kewujudannya, in kerana herba Keladi tikus asli ini agak sukar untuk dijumpai pada persekitaran terbuka dan memerlukan kepakaran mereka yang benar-benar arif mengenainya sebelum menggunakannya. Keberkesanan herba ini terutamanya bagi merawat kanser adalah sangat ketara, selain daripada bertindak secara menyeluruh terhadap sel kanser yang ada, ianya juga berfungsi menghalang sel kanser daripada merebak ke kawasan baru, keadaan ini dapat dilihat terutamanya pada mereka yang mempunyai kanser tahap 3 keatas dimana kesan tompok putih (kanser) yang baru wujud telah hilang selepas penggunaan herba ini disamping ketumbuhan utama yang akan melalui tempoh penguraian secara perlahan-lahan.
Untuk mendapatkan kesan yang paling optimum dan menyeluruh, kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba Keladi tikus yang terdapat pada STF Keladi Tikus dan TF Keladi Tikus Plus Aprikot sahaja, keluaran asli mengandungi buku rujukan di dalam setiap kotak. Dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner di bawah atau klik di sini.
Terbukti melalui kajian
Selain menghalang pertumbuhan sel kanser pada paru-paru (Centre for Drug Research, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia) ekstrak daripada herba keladi tikus ini juga mempunyai tindak balas yang positif terhadap sel kanser payudara (Department of Biotechnology and Medical Engineering, Universiti Teknologi Malaysia) yang menunjukkan penggunaan herba ini sebagai rawatan herba pelengkap amat membantu pesakit dalam proses penyembuhan bilamana rawatan moden menunjukkan ketidak-cekapan rawatan.
Penggunaan herba Keladi tikus disamping rawatan moden dapat meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh sepenuhnya daripada kanser, herba ini dapat digunakan walaupun pesakit sedang dalam rawatan konvensional, termasuk semasa sesi kimoterapi.
Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (Natural Killer - Pembunuh Semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, maka tubuh kita dengan mudahnya akan mendapat penyakit kanser. Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali dimana ianya merupakan persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) dapat membantu tubuh dalam membekalkan beberapa komponen aktif bagi tubuh bertindak secara semulajadi bagi memerangi sel asing yang wujud di dalam tubuh. Perkembangan sel yang tidak diperlukan seperti sel kanser dapat dicegah dengan tindakan awal seperti penggunaan herba keladi tikus yang mempunyai sebatian Ribonsome Inactivating Protien secara semulajadi dapat memberikan tenaga tambahan kepada tubuh dan seterusnya memperkukuhkan sel NK, ini dapat dilihat dengan kesan kemasukkan enzim keladi tikus ke dalam darah pesakit yang mempunyai masalah kanser dengan cara penggunaan selama sekurang-kurangnya enam bulan berturut-turut dan tindakan ini perlulah disusuli dengan pemerhatian (medical checkup) oleh pakar yang mempunyai kepakaran didalam mengukur kadar keaktifan sesebuah sel kanser.
Cara herba Keladi tikus bertindak didalam tubuh manusia adalah berbeza dengan kaedah rawatan konvensional yang lain. Ianya menyerang sel kanser menerusi apa yang dimakan oleh sel tersebut yang seterusnya akan menyebabkan pengecutan dari dalam pusat sel, ini akan menyebabkan semakin lama, sel itu akan mengecut dengan sendiri kerana kekurangan zat yang sepatutnya menjadi makanan kepada sel tersebut. Di dalam hal ini, pengguna perlulah memahami setiap makanan yang dimakan akan menjadi makanan bagi sel kanser, ini harus diperhatikan dengan mengikuti beberapa garis pemakanan seperti:
- Penggunaan gula putih biasa perlu dihentikan.
- Daging merah (lembu, kambing) tidak disyorkan.
- Susu asli yang belum diproses (mengandungi pigmen darah merah) tidak digalakkan, sila hadkan pengambilan.
- Merokok dan Alkohol, ini sama sekali perlu dijauhi.
Disamping itu, pesakit juga perlu menjalani sebuah kehidupan yang sihat seperti selalu bersenam dan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, sebaliknya memikirkan bagaikan untuk merawat penyakit yang ada disertakan dengan azam dan keyakinan yang kuat bahawa penyakit yang ada itu ada penawarnya, cuma ikhtiar yang lebih sedikit diperlukan kerana pada hakikatnya, kanser bukanlah satu penyakit yang sama taraf dengan sakit gigi atau demam biasa, ianya memerlukan komitmen yang tinggi untuk sembuh sepenuhnya.
Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian yang ada pada STF dan TF Plus sahaja, kami tidak dapat menjamin keaslian yang ada pada keluaran lain, terutamanya keluaran yang:
- Tiada nombor KKM
- Tiada pelekat KKM
- Tiada buku panduan
- Tanpa kotak
- Tiada alamat pengeluar
- Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli.
Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner di bawah atau klik di sini