Keladi Tikus
Keladi tikus merupakan herba yang memiliki daun berbentuk runcing, yang mempunyai zat dapat merawat kanser, kandungan klorofil yang tinggi terutama pada bahagian daun amat berperanan dalam kehadiran khasiat yang dikenali sebagai Ribonsome inactivating protein. Keberkesanan herba keladi tikus yang berwarna asal hijau tua ini dapat dirasai dengan serta merta oleh perokok yang menggunakannya bagi mengurangkan kesakitan pada dada, keistimewaan ini tidak ada pada herba keladi tikus palsu yang biasanya dijual dengan harga yang murah serta tanpa buku rujukan.
Herba yang tumbuh pada kawasan lembab ini mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi bagi merawat kanser namun disebabkan kepupusannya yang ketara maka ia sudah semakin sukar untuk diperolehi walaupun pada habitat asalnya, disebabkan itu kebanyakkan daripada herba ini telah dicampur dengan bahan lain bagi meningkatkan jumlah pengeluarannya, perbuatan ini telah menurunkan kualitinya, malah ada yang menjual kapsul lain tetapi dikatakan sebagai keladi tikus, dan pesakit yang menggunakannya tidak merasakan sebarang perubahan kerana apa yang digunakan bukanlah 100% herba Keladi tikus asli.
Tumbuhan yang tergolong daripada keluarga Araceae ini sebenarnya amat dikenali di kalangan mereka yang banyak melakukan kajian terhadap tumbuh tumbuhan yang ada di sekitar asia tenggara, di Vietnam atau Laos misalnya, herba keladi tikus yang juga dikenali dengan nama Bán hạ roi turut digunakan bagi merawat beberapa jenis penyakit termasuk asma, batuk dan luka dalaman. Penggunaan herba ini sudah dipraktikkan sekian lama oleh masyarakat di sana terutama yang tinggal di wilayah pergunungan.
Keladi tikus: Sejarah penggunaan
Penggunaan herba keladi tikus di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 80'an namun tarikh yang sebenar-benarnya tidak diketahui, pada waktu itu penggunaannya meniti dari mulut ke mulut dan oleh kerana keberkesanannya di dalam merawat kanser, hal ini telah menarik minat beberapa universiti tempatan di bawah fakulti kajian tumbuh tumbuhan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi mengenai herba keladi tikus ini bagi mengetahui kandungan bahan aktif yang terdapat padanya yang berpotensi dapat menyembuhkan kanser, ternyata kandungan seperti Ribosome Inactivating protein yang tinggi padanya telah dikenalpasti merupakan salah satu komponen aktif yang dapat merawat beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payudara dan juga hati.
Makluman
Untuk hasil yang berkesan, Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba Keladi tikus yang terdapat pada STF Keladi Tikus dan TF Keladi Tikus Plus Aprikot sahaja. Sayangi diri, dapatkan hanya keluaran berdaftar dan asli di sini.