Keladi Tikus Aprikot - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus






Pengenalan
Sering kali kita mendengar tentang kelebihan yang ada pada biji aprikot, terutamanya kemampuannya di dalam merawat beberapa jenis penyakit, termasuklah fibroid dan cyst. Secara umumnya, biji aprikot mengandungi beberapa jenis sebatian aktif yang mendorong kepada rawatan ini,, sebatian seperti amigdalin, merupakan senyawaan utama yang mempunyai kebaikan semulajadi, ianya berfungsi menyokong kesihatan jantung, pencernaan sehinggalah berupaya mencegah keguguran rambut, namun fungsi utama yang dikaji ianya kemampuannya merawat beberapa jenis penyakit kronik yang lain.

Terdapat banyak kajian, terutamnay daripada luar negara yang membahaskan tentang kemampuan biji aprikot di dalam merawat beberapa jenis penyakit, terutamnya penyakit yang berkaitan dengan ketidakstabilan atau pertumbuhan sel di luar kawalan. Penggunaannya juga memerlukan dos yang bersesuaian selain daripada menjaga pemakanan agar kandungan asid di dalam badan dapat dikurangkan bagi memberi ruang kepada proses rawatan untuk bertindak dengan lebih efektif.




Kandungan sebatian aktif yang terdapat pada TF Plus merupakan salah satu diantara penyebab utama ianya dapat memberikan kesan paling optimum kepada pengguna, bahan aktif semulajadi seperti Amigdalin (Vitamin B17), asid lenoleat serta oleit merupakan asas terpenting bagi memberikan kesan pencegahan serta rawatan kepada tubuh. TF Plus yang digabungkan bersama dengan herba Keladi tikus asli pula memiliki kemampuan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kapsul biasa.

Pencegahan
Tidak hanya sekadar merawat, kemampuan TF Plus untuk pencegahan pula dilihat menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga atau keturunan yang mengidap beberapa jenis penyakit kronik, penggunaannya merupakan salah satu daripada langkah awal bagi menghalang pembentukan, walau bagaimanapun serangan masih boleh berlaku jika kesihatan tidak dijaga dengan betul, oleh itu disamping mengamalkan pengambilan TF Plus, penjagaan kesihatan juga penting agar kebarangkalian serangan dapat dikurangkan.

Penggunaan TF Plus dapat mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai di dalam tubuh dan ianya sangat sesuai bagi menghalangan perkembangan beberapa penyakit tertentu.

Bagi pesakit gout, selain dapat mengurangi rasa sakit, pengambilan kapsul TF Plus dengan dos 3 biji setiap hari dapat mengurangi paras asid urik di dalam darah sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat hospital. Penggunaan TF Plus secara berterusan dapat mengembalikan kadar asid urik ke tahap normal.






Keluaran asli dengan buku rujukan - Mempunyai buku rujukan di dalam setiap kotak, TF Plus merupakan keluaran asli dan diiktiraf sepenuhnya oleh Berkat Herba Nusantara, buku rujukan yang disediakan di dalam setiap kotak membahaskan tentang kajian dan sejarah penggunaan herba besar ini serta penggunaan dos yang bersesuaian bagi mendapatkan kesan paling optimum. TF Plus menggunakan hanya biji aprikot pahit bergred perubatan yang digabungkan bersama dengan herba keladi tikus matang asli sahaja di dalam setiap kapsul, setiap herba keladi tikus yang digunakan adalah dari ladang yang ditanam sendiri bagi menjamin mutu keluaran setiap kapsul yang dihasilkan.
Bukti kajian saintifik - setiap kandungan yang terdapat di dalam buku ini merupakan hasil pemerhatian kami di Berkat Herba Nusantara selama lebih dari 8 tahun, ia merangkumi penulisan daripada pelbagai sumber, termasuklah daripada beberapa buah universiti tempatan dan luar negara, jurnal perubatan, tesis serta pengalaman mereka yang menggunakan herba ini secara peribadi, kompilasi ini dibuat bagi memudahkan pengguna membuat rujukan mengenai sejarah, kajian serta cara penggunaan bagi mendapatkan kesan yang paling optimum. Kandungan disediakan di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.


TF kapsul Keladi tikus gabungan biji Aprikot ini merupakan keluaran yang memiliki khasiat berganda yang mampu memberikan kesan yang menyeluruh kepada pengguna. Dihasilkan dengan herba keladi tikus matang yang digabungkan dengan biji Aprikot pahit bergred perubatan yang diimport sepenuhnya dari Turki, keluaran TF Plus aprikot asli ini dapat digunakan samada untuk rawatan mahupun pencegahan.




TF kapsul keladi tikus plus yang merupakan kapsul herba keladi tikus asli yang digabungkan bersama dengan biji aprikot pahit bergred perubatan yang tinggi anti oksida, TF plus aprikot ini disarankan penggunaannya pada sebelah malam semasa tubuh di dalam kondisi rehat (tidur), ia bertujuan untuk memberikan kesan rawatan yang efisyen disamping membantu tubuh mendapatkan semula tenaga yang hilang pada siang hari. TF kapsul keladi tikus plus aprikot ini turut disertakan dengan buku rujukan pada setiap kotak bagi memudahkan pengguna membuat semakan. Setiap kapsul TF keladi tikus aprikot asli ini mempunyai logo Berkat Herba Nusantara pada bahagian atas sebelah kiri kotak, ia merupakan jaminan keaslian yang tidak ada pada mana-mana keluaran lain, semoga gabungan penggunaan STF asli dan TF aprikot ini dapat menjadi penyelamat dengan memberikan kesan rawatan yang paling efektif kepada kita semua,  semoga ikhtiar ini menjadi penyebab kesembuhan sepenuhnya.


















Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian yang ada pada STF dan TF Plus aprikot sahaja, kami tidak dapat menjamin keaslian yang ada pada keluaran lain, terutamanya keluaran yang:

  • Tiada nombor KKM
  • Tiada pelekat KKM
  • Tiada buku panduan
  • Tanpa kotak
  • Tiada alamat pengeluar
  • Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli.

Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner di bawah atau klik di sini

Back to content