Karsinoma - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Jenis Kanser
Karsinoma
Carcinoma adalah sejenis kanser yang bermula dalam sel-sel yang membentuk kulit manusia atau lapisan tisu organ, seperti hati atau buah pinggang. Seperti lain-lain jenis kanser, carsinoma adalah sel-sel yang tidak normal yang membahagi tanpa kawalan. Mereka mampu untuk merebak ke bahagian badan yang lain, namun hal ini agak jarang berlaku. Carcinoma berbeza dengan "carsinoma in situ" dimana carcinoma in situ tidak merebak dan kekal di dalam sel di mana ia bermula.

Jenis-jenis Carcinoma
Carcinoma boleh terjadi pada banyak tempat pada bahagian tubuh manusia, namun terdapat beberapa jenis carcinoma yang sering diperkatakan, diantaranya adalah:

  • Basal cell carcinoma - biasanya menyerang bahagian paling dalam pada lapisan luar kulit manusia. Rawatan segera adalah perlu bagi mengelakkan terjadinya parut kekal. Basal cell carcinoma biasanya kelihatan seperti:

  1. Luka terbuka.
  2. Tompok merah.
  3. Ketumbuhan pink.
  4. Lebam atau parut yang berkilat.

  • Squamous cell carcinoma - biasanya muncul pada kulit dan sering dikaitkan dengan kanser kulit, namun kanser jenis ini juga boleh muncul pada kawasan yang lain seperti di saluran pernafasan dan juga pada saluran penghadaman. Pada kebiasaannya, kawasan yang selalu diserang oleh kanser jenis ini adalah di sekitar:

  1. Muka
  2. Telinga
  3. Leher
  4. Bibir
  5. Bahagian belakang lengan


Contoh Basal cell carcinoma yang tumbuh pada permukaan kulit di bahagian muka.

Squamous cell carcinoma yang terjadi adalah disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan di bawah sinaran matahari tanpa sebarang perlindungan seperti krim pelindungan matahari. Kecenderungan kanser jenis ini untuk merebak adalah lebih tinggi berbanding denganBasal cell carcinoma dan biasanya berbentuk tompok merah bersisik, luka yang terbuka dan ketumbuhan seperti ketuat. Terdapat juga kes dimana Squamous cell carcinoma boleh merebak sehingga ke nodus limfa.

  • Renal cell carcinoma - merupakan kanser yang paling kerap menyerang buah pinggang. Ia biasanya tumbuh sebagai tumor tunggal di dalam buah pinggang. Kanser jenis ini sukar dikesan dan biasanya akan dijumpai hanya melalui kaedah imbasan seperti CT Scan atau ultrasound. Dalam kebanyakkan kes, ketumbuhan ini sudah sangat besar atau sudah merebak kepada organ-organ yang lain apabila berjaya dijumpai.

  • Ductal carcinoma in situ (DCIS) - dianggap sebagai pra-kanser dan biasanya dijumpai di dalam sel-sel pada saluran payudara namun tidak merebak kepada bahagian yang lain. Kebanyakkan daripada wanita yang telah didiagnos dengan ketumbuhan jenis ini berjaya diubati.

  • Invasive ductal carcinoma - Merupakan sejenis kanser payudara, yang bermula daripada dari dalam salur susu, kemudian merebak ke dalam tisu lemak payudara, dan mampu untuk merebak ke bahagian yang lain di dalam tubuh melalui sistem limfa atau saluran darah. Kanser jenis ini biasanya akan ditemui semasa ujian saringan mamogram. Antara gejala-gejalanya adalah:

  1. Penebalan kulit payudara.
  2. Ruam atau kemerahan pada payudara.
  3. Bengkak pada payudara.
  4. Sakit secara tiba-tiba pada salah satu payudara.
  5. Terdapat lekukan pada puting atau sekitar payudara.
  6. Puting payudara yang sakit dan beralih ke dalam.
  7. ketulan di kawasan bawah ketiak.


USM temui Keladi tikus ubat kanser - Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit USM Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content