Keladi Tikus > Jenis Kanser
Kanser Usus
Kanser Usus (Colon Cancer) adalah antara 10 kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia. Seramai 1400 rakyat Malaysia menghidap kanser ini setiap tahun. Kanser perut boleh berlaku di kalangan orang dewasa pada sebarang umur. Walau bagaimanapun kanser ini jarang berlaku bagi lingkungan umur kurang 50 tahun dan lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita.
Punca kanser perut masih tidak di ketahui tetapi banyak kanser perut dikaitkan dengan karsinogen (agen penyebab kanser) dalam diet ataupun pemakanan seharian. Nitrat (yang terdapat dalam makanan yang diasapkan, dijeruk dan dimasinkan) juga dikatakan antara penyebab utama dalam terjadinya kanser usus ini.
Kebanyakkan kanser usus bermula dengan satu ketumbuhan kecil bukan kanser (benign) yang wujud pada dinding usus, ketumbuhan ini dikenali dengan panggilan polip adenomatous. Sesetengah polip ini boleh berkembang menjadi kanser kolon malignan dari masa ke masa jika mereka tidak dikeluarkan semasa kolonoskopi - prosedur yang melihat lapisan dalam usus. Jika tidak dikeluarkan, sel-sel yang telah berubah menjadi sel kanser usus besar ini akan menceroboh dan merosakkan tisu yang sihat yang terdapat berhampiran tumor utama, menyebabkan akan timbulnya banyak komplikasi yang tidak diingini.
Selepas tumor malignan ini berkembang, sel-sel kanser ini boleh bergerak melalui sistem darah dan limfa, merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain. Sel-sel kanser boleh tumbuh di beberapa tempat, menyerang dan memusnahkan tisu sihat yang lain di seluruh badan, dan hal ini yang menjadikan sesebuah rawatan kanser itu semakin rumit jika pengesanan dan rawatan pada peringkat awal tidak dilakukan.
Kanser usus adalah berbeza dengan kanser rektum, namun kedua duanya termasuk dalam kategori kanser kolorektal. Kanser rektum adalah kanser yang menyerang kawasan rektum, kawasan yang dekat dengan dubur.
USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini
Penyebab
Para pengkaji tidak lagi dapat menjelaskan antara sebab sebenar terjadinya kanser kolon ini, namun kebanyakkannya berpendapat pemakanan adalah punca utamanya. Terdapat penulisan yang menyatakan bahawa terjadinya kanser usus wujud disebabkan oleh kesilapan usus membina DNA mereka sehingga terjadinya kanser, namun terdapat juga kebarangkalian kanser yang wujud pada dinding usus adalah disebabkan oleh jangkitan daripada tumor yang lain (metastasis), oleh itu adalah sangat mustahak bagi merawat kanser yang ada sebelum ianya merebak ke bahagian yang lain di dalam tubuh. Sel yang normal biasanya akan berkembang secara teratur bagi memastikan aturan tubuh dapat dipenuhi, namun apabila kanser wujud pada satu-satu tempat itu, ianya akan terus berkembang tanpa henti yang akan menyebabkan wujudnya tumor yang boleh mengganggu sistem tubuh.
Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.