Kanser Serviks - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Jenis Kanser
Kanser pangkal rahim (kanser serviks)
Kanser serviks adalah sejenis kanser yang terbentuk di dalam serviks wanita. Turut dikenali dengan kanser pangkal rahim, ianya tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal, namun antara tanda yang paling biasa adalah pendarahan luar biasa yang keluar melalui faraj, biasanya selepas melakukan hubungan seks, diantara haid atau selepas menopaus. Pendarahan yang tidak normal tersebut tidak semestinya tanda bahawa anda mempunyai kanser serviks, semakan melalui doktor dapat menentukan dengan tepat penyakit yang dihidapi.

Penyebab Kanser serviks
kebanyakkan dari kes kanser serviks adalah berpunca daripada virus human papilloma (Human Papilloma Virus - HPV) dimana ianya boleh menjangkiti seseorang itu melalui hubungan seks. Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dan kebanyakkan adalah tidak merbahaya, akan tetapi sesetengah daripada virus tersebut boleh menyebabkan perubahan yang tidak normal kepada sel serviks yang pada akhirnya akan membawa kepada tejadinya kanser serviks. Wanita yang selalu bertukar pasangan atau mempunyai banyak pasangan seks umumnya mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menerima virus HPV ini, selain daripada wanita yang merokok, mempunyai sistem imun yang lemah, selalu dalam keadaan tertekan, mereka yang melahirkan anak pada usia muda, mereka yang kerap mengambil pil perancang serta wanita yang mempunyai lain penyakit kelamin (STD) seperti chlamydia, gonorrhea dan sifilis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan kanser serviks berbanding mereka yang tiada penyakit tersebut.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Terdapat dua jenis virus HPV yang dikenalpasti penyebab utama kanser serviks iaitu HPV 16 dan HPV 18, kedua-dua virus ini antara penyebab kepada 70% daripada semua kenis kanser serviks. Jangkitan HPV ini tidak mempunyai apa-apa tanda, jadi ramai wanita tidak menyedari mereka telah terkena jangkitan. Adalah penting untuk mengetahui bahawa jangkitan ini adalah normal dan kebanyakkan wanita yang terkena jangkitan virus ini tidak semestinya akan diserang oleh kanser serviks. Peluang untuk hidup sekurang-kurangnya 5 tahun selepas disahkan mengidap kanser serviks adalah seperti berikut:

  • Tahap 1 - 80-99%
  • Tahap 2 - 60-90%
  • Tahap 3 - 30-50%
  • Tahap 4 - 20%


Contoh ilustrasi Kanser servik (Kanser pangkal rahim)

Pencegahan
Menggunakan alat pelindung semasa melakukan hubungan seks seperti kondom boleh melindungi diri daripada jangkitan terhadap HPV namun ia tidaklah boleh dikatakan sebagai sesuatu yang berkesan sepenuhnya kerana virus ini juga berupaya merebak melalui kulit ke kulit semasa hubungan seks berlaku.

Rawatan
Jika kanser serviks dapat dikesan pada peringkat awal, biasanya pesakit akan dibedah bagi mengeluarkan serviks yang telah terkena serangan kanser. Dalam sesetengah kes, jika kanser tersebut terlalu serius maka keseluruhan rahim terpaksa dikeluarkan. Proses ini dikenali dengan panggilan hysterectomy. Radioterapi adalah alternatif bagi pembedahan untuk sesetengah wanita yang dikesan mempunyai kanser serviks pada peringkat awal, namun dalam beberapa kes, radioterapi juga digunakan bersama dengan pembedahan. Jika kanser itu terlalu serius maka gabungan kimoterpi serta radioterapi akan digunakan namun gabungan kedua dua rawatan ini boleh mendatangkan kesan sampingan yang ketara dan berpanjangan, seperti menopaus awal, kemandulan, pendarahan yang teruk atau kegagalan buah pinggang.

Kebanyakkan daripada rawatan moden untuk kanser ini mempunyai kompilasi, samada ianya datang daripada kanser itu sendiri atau daripada kesan sampingan daripada radioterapi, kemoterapi ataupun pembedahan. Di asia tenggara, penggunaan herba dilihat sebagai rawatan pelengkap bagi merawat kanser sekaligus dapat mengurangkan kesan sampingan yang timbul daripada rawatan moden ini.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content