Kanser Prostat - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Jenis Kanser
Kanser prostat
Kanser prostat adalah pembengkakan jenis malignant pada ketulan prostat (gambar) yang menghalang air kencing daripada keluar secara normal. dalam beberapa kes, kencing biasanya hanya beberapa titis sahaja disertai dengan darah, dan keadaan ini amat menyakitkan. Pesakit yang mengidap kanser prostat tidak hanya tertumpu pada mereka yang berusia sahaja, ada yang diserang oleh kanser ini diawal umur 40an, kanser prostat boleh diubati melalui pembedahan membuang bahagian yang membengkak tetapi risikonya agak tinggi.

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.


Contoh lakaran keratan antara prostat normal dan prostat yang bengkak.

Penyebab/Faktor Risiko
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

Usia
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.

Sejarah Keluarga
Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

Hormon
Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini

Tanda & Gejala.

  • Aliran air kencing yang tidak lancar
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Diagnosa kanser prostat:

  • Prostate-Specific Antigen (PSA) test
Merupakan bahan (sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) yang tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis (radang prostat).

  • Digital Rectal Examination (DRE)
Doktor memakai sarung tangan getah dan jari dimasukkan ke dalam dubur untuk merasa permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.

  • Transrectal Ultrasound (TRUS)
Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.

  • Biopsy
Hanya satu cara untuk memastikan betul-betul kanser didiagnosakan adalah dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.

  • Computed Tomography (CTatauCAT) scan
CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.

  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.

Peringkat kanser prostat:
Peringkat 1 Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat.
Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat.
Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang.

Rawatan
Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu.

Pembedahan
Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy, manakala rawatan selanjutnya bagi peringkat 3 dan keatas adalah Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan. Transurethral Resection of Prostate (TURP) pula akan digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air kencing.

Radiationtherapy
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi Radiasi berguna untuk semua peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.Beberapa rawatan atau "fraction" mungkin diperlukan. Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut:

  • Cirit birit atau gangguan fungsi usus
  • Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
  • Letih lesu
  • Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit
  • Mati pucuk

Terapi Hormon
Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgens, pengurangan paras hormon ini boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan "androgen" atau terapi pelucutan "androgen". Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan fungsi testis.

Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara oral atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%. Pesakit kanser prostat perlu dirawat oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content