Kanser Limfoma - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Jenis Kanser
Limfoma (Lymphoma)
limfoma (lymphoma) yang juga dikenali dengan kanser limfa, adalah sejenis kanser yang melibatkan sel-sel sistem imun di dalam tubuh. Ia adalah permasalahan sel darah putih yang juga dikenali dengan panggilan limfosit. Sama juga seperti kanser lain yang mewakili pelbagai penyakit yang berbeza, kanser limfoma mewakili pelbagai jenis kanser limfosit - kira-kira 60 sub jenis yang berbeza.

Limfoma adalah sejenis kanser yang memberi kesan terhadap sel-sel yang terlibat secara langsung dalam sistem limfatik badan. Sistem limfatik ini adalah penting bagi mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan. Antara organ yang bersangkutan dengan sistem ini adalah kelenjar timus, limpa, tulang sum-sum, tonsil dan apendik. Apabila seseorang pesakit itu mempunyai kanser limfoma, limfosit akan berubah dan berkembang di luar kawalan. Limfoma boleh terjadi hampir di mana sahaja pada tubuh dan boleh berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Kanser limfoma mempunyai dua pecahan utama:

Limfoma Hodgkin - merupakan kanser sistem limfa yang membentuk sebahagian daripada sistem imun tubuh. Ianya mengandungi sel-sel darah putih khusus dipanggil limfosit yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit. Limfoma Hodgkin ini terjadi apabila limfosit menjalani perubahan malignan dan membiak dengan cara yang tidak normal dan akan membentuk tumor pada bahagian kelenjar atau bahagian yang lain di dalam badan. Kanser limfoma Hodgkin ini mungkin dapat dibezakan dengan mana-mana jenis limfoma yang lain berikutan kehadiran sel kanser khas yang dipanggil Reed-Strenberg Cell. Secara kasarnya kanser jenis ini disebabkan oleh permasalahan sel darah putih yang menyebabkan pembengkakan kelenjar.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini


Limfoma bukan Hodgkin - juga adalah kanser yang terbentuk dalam sistem limfa, yang merupakan rangkaian saluran kelenjar di dalam badan. Di dalam sistem limfa terdapat cecair jernih yang mengalir melalui salur limfa yang mengandungi sel-sel darah putih, permasalahan berlaku apabila sel-sel darah putih ini yang juga dikenali dengan nama limfosit ini terjejas dan mula membiak dengan cara yang tidak normal seterusnya berkumpul pada bahagian-bahagian tertentu pada sistem limfa namun tidak menyebabkan ketumbuhan atau benjolan. Kanser jenis ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, namun ianya lebih kepada mereka yang mempunyai usia 65 tahun dan keatas. Secara umumnya kanser jenis ini lebih tertumpu kepada sel darah putih dalam sistem limfa yang tidak menunjukkan sebarang pembengkakan. Kedua-dua jenis kanser ini boleh membawa maut.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content