Kanser: Statistik Kematian - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Kanser
Mengikut data yang dikeluarkan oleh GlobalCan yang berpangkalan di Perancis, pada tahun 2012, sebanyak 37,400 rakyat Malaysia telah didiagnos dengan pelbagai jenis kanser, dan 21,700 telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang merbahaya ini. Statistik ini merupakan peningkatan daripada 32,000 kes pada tahun 2008 dan angka ini dijangka akan meningkat kepada 56,932 kes baru pada tahun 2025. Jumlah kematian pula dilihat hampir mencapai 56% daripada jumlah keseluruhan kes. Disebabkan oleh itu, pendedahan terhadap bahayanya kanser perlu diberi penekanan yang serius, pencegahan, diagnosis pada peringkat awal serta penggunaan herba yang mampu merawat kanser adalah perlu dijadikan rawatan pelengkap bagi rawatan yang sedia ada.


Gambarajah statistik kes kanser di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pada tahun 2012, jumlah kematian akibat kanser di Malaysia adalah purata 59 orang sehari, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat setiap tahun.

Pada tahun 2015 pula, kanser menyumbang kepada 13.56 peratus jumlah kematian dan berada di tangga ke tiga carta kematian di hospital kerajaan, manakala ianya berada di tangga kedua di hospital swasta dengan jumlah kematian sebanyak 25.58 peratus. Menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) jumlah keseluruhan kes yang direkodkan bermula dari tahun 2007 hingga 2011 adalah 103,507 kes, dan dari jumlah tersebut 46,794 kes adalah lelaki dan selebihnya (56,713 kes) adalah wanita. Secara purata, terdapat 14.1 million kes direkodkan pada tahun 2012 di seluruh dunia, dan ianya meningkat sebanyak 11% setiap 4 tahun. Kanser merupakan antara penyebab utama kematian dan terdapat kira-kira 8.2 million kematian yang dicatatkan pada tahun 2012 secara keseluruhan. Di Malaysia, kanser payudara merupakan penyebab tertinggi kematian di kalangan wanita, manakala kanser paru-paru serta prostat pula merupakan penyebab utama kematian di kalangan lelaki.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content