
USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis serta jurnal lengkap klik di sini
Keladi tikus penawar kanser
Keladi tikus merupakan sejenis herba yang tumbuh secara semulajadi di beberapa negara sekitar asia tenggara seperti Malaysia, China dan Vietnam. Nama saintifik bagi tumbuhan ini adalah Typhonium Flagelliforme dan di dalam bahasa inggeris pula adalah Rodent Tuber. Keladi tikus adalah tumbuhan semak jenis Araceae yang tumbuh meliar din kawasan lembab yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung dan biasanya tumbuh pada ketinggian 100 kaki dari aras laut. Herba ini dikategorikan sebagai herba yang telah mengalami kepupusan kerana ianya sudah tidak lagi dapat ditemui pada kawasan di mana ia biasa tumbuh, pembukaan kawasan penempatan baru disertai dengan tiada uasaha bagi membiakkannya sedikit sebanyak menjejaskan kitaran hidup tumbuhan yang telah terbukti dapat menyembuhkan kanser ini (rujukan).
Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian yang terdapat pada STF keladi tikus premium dan TF keladi tikus plus biji aprikot sahaja (keluaran asli mengandungi buku rujukan), kami tidak menjamin keaslian yang terdapat pada keluaran lain, terutama keluaran yang:
- Tiada nombor KKM
- Tiada pelekat KKM
- Tiada buku panduan
- Tanpa kotak
- Tiada alamat pengeluar
- Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli
Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Sila pastikan nombor pendaftaran setiap produk bagi memastikan tuan/puan mendapat keluaran yang asli, berkesan dan terjamin. Dapatkan STF keladi tikus asli dan berdaftar melalui baner di bawah atau klik di sini.
Sejarah
Sebelum herba ini diketahui mempunyai sifat antikanser padanya, ianya telah digunakan sebagai salah satu daripada rawatan bagi batuk kering, kencing manis serta luka dalaman, mereka yang mengamalkan herba ini (terutama bahagian daun yang matang) dapat mengawal kadar gula dalam darah kepada tahap yang lebih stabil. Penemuan herba ini pada awal telah diredkodkan oleh seorang ahli botani dari eropah, George Loddiges di dalam bukunya bertajuk: The Botanical Cabinet Vol. 4 yang telah diterbitkan di London. Sampel pokok Keladi tikus ini dihantar oleh seorang dokor yang bertugas di Utara Benggal Selatan India pada tahun 1819 yang juga kenalannya untuk direkodkan gambarnya melalui kaedah lukisan. Menurut George, tumbuhan ini bersifat sedikit pahit dan telah digunakan oleh masyarakat setempat pada masa itu didalam merawat beberapa jenis penyakit. Sehingga kini (2018) catatan sejarah tersebut telah berusia hampir 200 tahun.
Apabila mencapai tahap matang, Keladi Tikus ini akan mengeluarkan bunga. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm, Keladi tikus biasanya tumbuh di dalam habitat lembap yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Berdaun hijau terang, bulat dan hujung runcing berbentuk seperti daun sirih, ianya boleh dijumpai di sekitar asia tenggara dan biasanya tumbuh di kawasan hutan dara berpaya yang mempunyai tahap kelembapan (humidity) tinggi serta jauh daripada capaian manusia. Herba Keladi tikus adalah sejenis tumbuhan asli tropika yang jarang dijumpai pada kawasan yang bertanah kering dan tidak akan membesar kecuali pada tanah yang lembab dan mempunyai zat yang mencukupi seperti baja dan sumber makanan yang lain.
- Rujukan: Dr Lai Choon Sheen (USM Pulau Pinang, Publication 2009 dan 2010).
Kajian perubatan moden
Walaupun dua dekat telah berlalu selepas buku The Botanical Cabinel diterbitkan, herba ini masih menjadi tumpuan para pengkaji yang ingin mengetahui tentahg lebih lanjut mengenai khasiat yang tersembunyi di sebalik daunnya, pelbagai kajian telah dilakukan termasuk didedahkan ekstraknya pada sel kanser payudara manusia, hasilnya sel kanser tersebut telah mengecut dan mengurai selepas disatukan dengan ekstrak keladi tikus, hal ini dikenali dengan panggilan apoptasis.
Beberapa siri kejayaan telah direkodkan terhadap herba ini, bermula daripada pusat pengajian tinggi sehingga kepada journal perubatan dari luar negara. Di Australia, herba keladi tikus ini telah melalui siri kajian oleh Cheryll Williams dan telah direkodkan di di dalam bukunya yang bertajuk Medicinal Plants In Australia Volume 3: Plants, Potions and Poison yang menyatakan bahawa herba Keladi tius ini mempunyai sifat anti kanser selain dapat digunakan untuk merawat batuk serta asma.
Sebuah artikel, hasil penelitian Universiti Sains Malaysia (USM) berkaitan kemampuan Keladi tikus melawan sel kanser bertarikh 2/6/2008 telah diterbitkan, yang ditulis semula, dengan izin: " Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23.." dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok Keladi tikus merupakan bahan aktif yang mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser (rujukan). Pengguna dinasihatkan supaya mengenali herba Keladi tikus dengan lebih terperinci sebelum menggunakannya, ini kerana, dikhuatiri jika tersalah pilih, akan mendapatkan keladi yang beracun, ini kerana pokok herba keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini mempunyai lebih dari 60 jenis keladi lagi yang telah berjaya direkodkan dari spesis yang hampir sama yang tumbuh meliar di Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Thailand, New Guinea dan pada beberapa buah negara lagi, oleh itu, pengalaman serta penelitian adalah sangat penting bagi memastikan ianya adalah datang dari spesis Araceae yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan, rujuk Typhonium (No.20 - rujukan).
Anti Kanser
Keladi tikus, tidak seperti tumbuhan liar yang lain, adalah sebuah nama yang sangat terpencil dan kurang dikenali ramai, namun ianya amat dikenali oleh pengamal perubatan herba dan mereka yang terlibat di dalam kajian anti kanser berasaskan tumbuh-tumbuhan sebagai salah satu herba yang membolehkan pesakit kanser menarik nafas lega. Kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti awam tempatan telah membuktikan perencatan pertumbuhan sel kanser yang disatukan dengan ekstrak keladi tikus, dimana umum mengetahui bahawa kanser adalah sejenis penyakit yang bukan mudah untuk dirawat, penemuan secara tidak langsung ini telah membuka satu lagi jalan sebagai akses rawatan kepada permasalahan kanser. Kehadiran beberapa komponen aktif pada keseluruhan pokok keladi tikus ini, terutamanya Ribosome-inactivating proteins yang juga dikenali secara ringkasnya sebagai RIPs telah menjadi faktor utama bagi kematian sel kanser secara semulajadi. (rujukan).

Keladi tikus pada akhbar berbahasa cina tempatan, Sin Chew Daily (Malaysia).
Beberapa artikel telah diterbitkan untuk menunjukkan fungsi penggunaan herba keladi tikus bagi merawat pelbagai jenis kanser, ini berikutan dengan hasil daripada tindak balas Ribosome inactivating proteins - yang merupakan sejenis mekanisma pertahanan semulajadi keladi tikus yang turut berfungsi sebagai pemusnah utama sel kanser - terutamanya tumor, dan proses ini akan mewujudkan sejenis tindakbalas toksin yang dikenali dengan nama Immunotoxin, sejenis pecahan protin toksin yang mampu menurunkan kadar keaktifan sesebuah sel kanser, membantut perkembangan, merencatkan pertumbuhan dari dalam sehingga sel tersebut mati, Immunotoxins mampu menembusi tumor dengan cepat walaupun kanser secara lazim mempunyai tahap kekebalan dan rintangan yang tinggi terhadap kemasukkan benda asing kedalam selnya, kajian serta siri kejayaan penyembuhan ini telah dibuat dan direkodkan oleh National Cancer Institute (rujukan - rujuk pada bahagian Summary and Conclusions, m/s 11).
Keladi tikus ubat kanser
Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, buasir, sakit gigi, radang paru-paru, sakit dada akibat merokok, termasuklah kanser. Terdapat beberapa kajian serta tesis lengkap telah dibuat terhadap herba ini (rujukan) serta penggunaannya, terutamanya pada rantau asia tenggara telah terbukti amat berkesan bagi mengubati beberapa jenis penyakit kronik. Mengikut data yang dibuat di UPM Serdang, herba Keladi tikus yang telah matang (2-6 bulan: rujuk tesis UPM Serdang) mempunyai beberapa komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah serta merawat kanser, rentetan daripada itu ada yang datang daripada luar negara seperti New Zealand, Filipina, Amerika Syarikat serta Australia bagi mendapatkan herba yang jarang didapati ini untuk mengubati kanser yang dihadapi.
Di Malaysia, selain digunakan bagi merawat kanser, Keladi tikus juga boleh digunakan bagi merawat penyakit lain seperti buasir, ulser, merawat luka dalaman, radang paru-paru dan juga batuk (Universiti Malaya, 11 Ogos, 2011 - rujukan). Tergolong dalam kategori yang hampir pupus, herba keladi tikus juga mampu meredakan kesakitan yang menyucuk pada dada (akibat merokok) seawal 4 - 6 jam, walau bagaimanapun, kesannya pada pesakit kanser adalah berbeza kerana masa yang diperlukan untuk mendapatkan kesannya adalah sekitar 6 hingga ke 12 bulan, malah ada yang memerlukan masa sehingga 2 hingga ke 5 tahun, bergantung kepada tahap sesuatu kanser yang ada pada seseorang pesakit, namun kesannya amat memberangsangkan dan perubahannya boleh dirasai selepas 10 bulan penggunaan, walaubagaimana pun, jika kanser itu sudah mencapai tahap metastasis, iaitu tahap 3 dan keatas dan sudah mempunyai keupayaan untuk merebak ke tempat lain, maka masa yang diperlukan adalah lebih berbanding dengan kanser yang masih baru terbentuk iaitu pada tahap 1 atau 2.
Kajian berskala besar.
Tidak hanya sekadar menjadi paparan pada beberapa dada akhbar, Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) juga telah melalui kajian terkawal (controlled studies) berskala besar oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan dan juga luar negara sebagai salah satu daripada cabang rawatan kanser, ianya juga telah diakui oleh seorang penulis journal perubatan berasaskan tumbuhan dari Australia, Cheryll Williams di dalam bukunya: Medicinal Plants In Australia Volume 3: Plants, Potions and Poisons yang menyatakan bahawa; Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) mempunyai sifat anti kanser, mampu merawat asma serta batuk (rujukan). Pihak universiti dan pengajian awam di Malaysia serta Indonesia juga telah melakukan analisa terhadap herba keladi tikus ini, hasilnya telah membuktikan Keladi tikus sememangnya mempunyai bahan aktif yang dapat merawat dan mencegah kanser dari terus merebak. Berikut adalah antara kajian yang telah dibuat dan telah diterbitkan melalui bentuk journal berubatan, tesis Ijazah Sarjana (Master) serta Doktor Falsafah (PhD):
Journal perubatan:
- Typhonium flagelliforme decreases protein expression in murine breast cancer, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, Sultan Agung Islamic University, Semarang, Indonesia (rujukan).
- Antibacterial and Antioxidant Activities of Typhonium Flagelliforme (Lodd.) Blume Tuber, UPM-Makna Cancer Research, Institute of Bioscience, University Putra Malaysia (rujukan).
- Anti-ulcerogenic activity of Typhonium flagelliforme, Department of Molecular Medicine, Faculty of Medicine, University of Malaya, Kuala Lumpur (rujukan).
- Cytotoxicity assay of Typhonium flagelliforme Lodd against breast and cervical cancer cells, UNIVERSA MEDICINA, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, YARSI University, Jakarta, Indonesia. (rujukan).
- Typhonium flagelliforme decreases telomerase expression in HeLa cervical cancer cells, UNIVERSA MEDICINA, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, YARSI University, Jakarta, Indonesia. (rujukan).
- The inhibition of Typhonium flagelliforme Lodd. Blume leaf extract on COX-2 expression of WiDr colon cancer cells, Department of Drug Design and Discovery, Faculty of Pharmacy, Sanata Dharma University, Yogyakarta. (terbitan ELSEVIER - rujukan).
Tesis akademik:
- Master: The cytotoxic effect of typhonium flagelliforme and clinacanthus nutans on breast cancer cell line - UTM, 2015 (rujukan)
- PhD: Anti-Leukemic Effects of Typhonium Flagelliforme on Human Lymphoblastoid Cells (CEMss) and Murine Leukemic (WEHI-3) Model - UPM, 2010 (Tesis lengkap - rujukan)
Data Analisa.
Diakui mempunyai kandungan anti kanser seperti Cytotoxic dan juga Ribosome-Inactivating Proteins yang tinggi pada keseluruhan bahagian pokok, penggunaan herba keladi tikus bermula dari bahagian daun sehingga ke bahagian akarnya adalah merupakan kaedah yang paling disarankan, ini berdasarkan hasil kajian in vitro yang telah dibuat secara teliti oleh UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory, Universiti Putra Malaysia, Serdang mendapati bahawa, wujudnya kesan morphologi kematian sel kanser (Apoptosis) yang sangat jelas, perubahan yang lain seperti perencatan bentuk sitoplasma, pengecutan perkembangan sel sehingga terjadinya pecahan DNA pada sel kanser yang disatukan dengan ekstrak keladi tikus juga telah direkodkan.

Hasil keputusan yang dijalan oleh UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory , Universiti Putra Malaysia, Serdang,
berkaitan dengan Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) melawan kanser - Penyelidikan bergeran No. RUGS91143 (rujukan)
Keladi tikus, penawar kanser yang semakin pupus
Sains hari ini telah banyak membantu manusia dalam mengenalpasti komponen aktif yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan, bermula dari pemerhatian sehingga kepada hasil kajian, penemuan ini telah mengubah presepsi ramai bahawa betapa pentingnya kajian yang dilakukan untuk mendapatkan bukti yang lebih konkrit, walaupun masih ada segelintir yang menentang perubatan berasaskan tumbuh-tumbuhan, namun, hasil penemuan yang dijalankan oleh beberapa institusi terkemuka tanah air telah membuktikan bahawa, tumbuhan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia seiring dengan kaedah perubatan moden yang digunapakai pada hari ini.
Penemuan anti kanser yang tinggi pada Keladi tikus telah mula menarik minat penyelidik dari institusi pengajian tinggi awam di Malaysia pada awal tahun 90an, selepas terdapat pesakit kanser yang telah sembuh selepas menggunakannya. Terdapat juga orang awam yang mengetahui tentang khasiat yang terdapat pada tumbuhan ini namun, oleh kerana tidak ada maklumat bertulis yang terperinci disamping terdapat usaha menyekat hasil kajian pada tumbuhan ini telah menyebabkan berita tentangnya tidak begitu diperkatakan, ditambah pula dengan kepupusan yang dialami menjadikan ianya terhad kepada pesakit kanser yang telah sembuh selepas menggunakannya sahaja.
Ilustrasi lukisan herba Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) oleh G. Loddiges (1786-1846) seorang ahli botani dari eropah yang dimuatkan dalam buku The Botanical Cabinet, Vol. 4 yang diterbitkan pada tahun 1827 (lukisan no.396) merupakan lukisan keladi tikus yang paling awal pernah direkodkan dalam sejarah botani dunia.

- Rujukan: G. Loddiges, The Botanical Cabinet, Vol. 4, London.
Statistik pengguna herba Keladi tikus di Malaysia sejak dari tahun 2008 sehingga kini menunjukkan kadar penggunaan yang semakin meluas, dan disebabkan oleh keberkesanannya didalam merawat penyakit kanser, ada di antara mereka yang sudah bertahun menderita kanser menunjukkan perubahan yang sangat ketara selepas menggunakan herba ini, namun begitu, penggunaan keladi tikus masih lagi terhad kerana, herba dari keluarga Araceae ini agak sukar untuk ditemui, hal ini diakui sendiri oleh Prof Dr. Christoper Teo Khen, Pensyarah Fakulti Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang memerlukan keladi tikus dalam kuantiti yang banyak bagi membantu pesakit kanser. Selain daripada mempunyai kemampuan dalam penyembuhan kanser, ianya juga dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit sekaligus menjadikan ianya antara pilihan utama bagi mereka yang inginkan akses rawatan tanpa kesan sampingan.
Herba Keladi tikus yang berusia 2 bulan dan keatas dikesan mempunyai kandungan antikanser yang tinggi dan pekat berbanding dengan pokok yang berusia kurang daripada 2 bulan. (rujukan) - rujuk muka surat 2 pada bahagian Result and Discussion.
Keladi tikus merawat kanser
Keladi tikus mempunyai Ribosome-Inactivating Proteins, sejenis protein yang hadir sebagai salah satu mekanisma pertahanan bagi tumbuhan ini, namun kajian yang dilakukan menunjukkan ianya juga mampu merawat kanser terus dari dalam sel. Keratan artikel perubatan menunjukkan selain daripada menyembuhkan kanser, ianya juga mampu merencatkan pertumbuhan pelbagai jenis kanser, keupayaan Ribosome-Inactivating Proteins ini telah dikaji di Cina dan juga Itali. Rujuk Keladi tikus.
Herba keladi tikus telah banyak membantu pesakit merawat kanser yang dihidapi, namun berita mengenai kemampuannya telah disekat daripada capaian masyarakat, sekatan terhadap laman web serta laman berinfomasi yang lain menjadikan maklumat mengenainya kurang diketahui umum. Kemampuan herba Keladi tikus di dalam merawat kanser mula diberi perhatian selepas terdapat pesakit yang telah berjaya sembuh sepenuhnya selepas menggunakan herba ini. Pada tahun 1994 di mana sebuah artikel telah diterbitkan oleh akhbar Berita Minggu (Malaysia) mengenai kelebihan herba ini, rentetan daripada itu beberapa journal perubatan dari luar negara turut sama menerbitkan artikel mengenai kewujudan anti kanser yang terdapat pada Keladi tikus, artikel diterbitkan di dalam bahasa inggeris.

Artikel oleh Utusan Malaysia (Arkib 17 / 8 / 1998) yang menyiarkan kemampuan Keladi tikus merawat kanser.
Penemuan ini telah berjaya memberi sinar harapan bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pelengkap bagi masalah kanser yang dihadapi. Bermula dengan penggunaannya yang hanya tertumpu kepada mereka yang berada dekat dengannya sahaja seperti di asia, kini herba Keladi tikus telah digunakan secara menyeluruh oleh pelbagai golongan, malah mereka yang berada di luar asia tenggara seperti di Amerika Syarikat juga turut menggunakannya sebagai salah satu daripada jalan alternatif bagi merawat kanser yang ada.
Rawatan pelengkap terbaik
Ramai daripada pengguna herba Keladi tikus merasakan amat bernasib baik kerana sempat menggunakan herba ini bersama dengan rawatan moden yang sedia ada kerana, ramai yang tidak sempat menggunakan herba ini semasa proses rawatan disebabkan oleh ketiadaan bahan yang mencukupi. Keladi tikus bukanlah sejenis herba yang boleh mengganti rawatan moden yang digunapakai hari ini tetapi ianya bertindak sebagai pelengkap kepada kaedah tersebut. Rata-rata pesakit yang menggunakannya kini berasa lega dengan perubahan yang dapat dilihat, perbezaan itu amat jelas dilihat terutama sekali semasa membuat pemeriksaan rutin. Keberkesanan ini merupakan salah satu daripada tindakbalas komponen aktif semulajadi yang terdapat di dalam herba Keladi tikus yang hampir tidak ditemui di dalam tumbuhan lain namun, oleh kerana herba matang yang sukar ditemui menjadikan penggunaannya sedikit terhad.
Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.