Apa itu Kanser? - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Kanser
Kanser merupakan sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh perkembangan sel yang tidak terkawal, ia biasanya wujud disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan, gaya hidup serta persekitaran yang kurang sihat. Kanser mempunyai karakter yang tersendiri, bagaimana ia berkembang dan membiak bergantung kepada beberapa faktor utama. Kanser perlu dirawat sebaik sahaja diketahui akan kehadirannya jika tidak, banyak masalah akan timbul berikutan daripada kelewatan mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Kanser boleh dielak dengan mengambil tahu kaedah pencegahan yang seharusnya dipraktikkan terus kedalam kehidupan seseorang individu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah dan pertalian dengan mereka yang pernah dijangkiti penyakit ini. Kanser mempunyai lebih daripada 100 jenis yang berbeza-beza.

Kanser adalah penyakit yang berkembang biak dan membentuk ketumbuhan yang juga dikenali dengan tumor, kecuali kanser darah (leukemia) dimana sel kanser itu wujud di dalam darah serta menghalang fungsi darah merah daripada bekerja sebagaimana biasa. Ketumbuhan (tumor) boleh tumbuh di mana-mana sahaja di dalam tubuh dan boleh mengganggu sistem pencernaan, sistem saraf (nervous system) dan juga pergerakan darah, dan ianya mampu mengeluarkan sejenis hormon yang boleh mengubah fungsi badan (alter the body function). Walau bagaimanapun, terdapat juga ketumbuhan yang tumbuh pada hanya satu tempat dan menunjukkan pertumbuhan yang terhad, ianya tidak merbahaya dan juga dikenali dengan jenis benign (bukan kanser).

Terdapat kajian yang menunjukkan 90% kadar kematian oleh kanser bukan disebabkan oleh ketumbuhan utama tetapi oleh tumor metastasis (ketumbuhan baru), oleh itu, rawatan secara terus adalah perlu pada pesakit yang telah disahkan mengidap penyakit ini, disusuli dengan rawatan susulan secara berterusan, kerana sel kanser tidak dapat dirawat hanya dengan sekali rawatan, tambahan pula jika pertumbuhan sel kanser utama tersebut telah melepasi tahap 3, dimana ianya sudah mempunyai kemampuan untuk berjangkit ke kawasan yang lain.


Contoh sel kanser payudara (tahap 4) di bawah mikroskop.

Ketumbuhan terbahagi kepada dua jenis, iaitu benign dan malignant, benign adalah ketumbuhan yang tidak merbahaya kerana ianya bersifat statik dan tidak berjangkit, manakala malignant pula adalah ketumbuhan jenis merbahaya (jenis kanser) kerana:

  • Ianya boleh merebak ke seluruh anggota tubuh melalui saluran darah dan juga sistem limfa (rujukan) dan boleh memusnahkan tisu yang sihat dan proses ini juga dikenali dengan proses serangan (invasion).
  • Merupakan sel yang berupaya berpecah (multiply) dan berkembang (grow) dan mampu membina saluran darah yang baru untuk saluran makanannya sendiri dan proses ini juga dikenali dengan nama angiogenesis.

Dari sudut perubatan, apabila tumor ini berjaya berpindah ke anggota lain dan berkembang serta merosakkan tisu yang sihat, proses ini dikenali dengan panggilan "metastasized" sebagai contoh, kanser sudah metastasis ke otak, apabila keadaan ini berlaku, ia biasanya sudah berada di tahap 3 atau 4 dan sudah agak sukar untuk diubati.

Bagaimana kanser berkembang?
terdapat beberapa persoalan bagaimana sel kanser boleh berkembang, ini terletak pada perubahan sifat melekat yang ada pada mereka. Sel kanser akan beralih (unstuck) daripada sel tumor utama dan mencari tapak baru (new site) untuk memulakan kehidupan yang lain. Perubahan ini melibatkan interaksi antara molekul sel dan juga matriks extracellular yang menjadi "perancah" atau tongkat yang memegang sel kanser ini untuk membentuk perumah yang baru pada dinding sel yang sihat. Ianya tidak boleh bertindak secara sendirian tanpa bantuan yang kompleks daripada tubuh pesakit sendiri.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998

Kanser adalah sejenis penyakit yang terhasil apabila sel pembunuh semulajadi (juga dikenali sebagai nature killer cell) yang ada dalam tubuh seseorang yang sepatutnya menghalang pertumbuhan kanser, tidak berada pada tahap yang optimum. Walaupun dikenali sebagai sel yang rosak, kanser pada hakikatnya merupakan sel hidup yang membesar, agresif serta boleh membawa maut jika tiada langkah pencegahan yang sewajarnya diambil. Kanser mempunyai sistem imunisasi yang kuat serta mempunyai kemampuan untuk membina kardiovaskular (saluran darah) yang tersendiri. Ia berkembang secara pecahan (multiply) pada kadar yang perlahan. Kanser biasanya dikaitkan dengan keturunan, pemakanan, gaya hidup yang kurang sihat serta radiasi, walau bagaimanapun, faktor lain juga memainkan peranan penting.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content